Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Hyper Naked Ekstrem MV Agusta Rush Titanio 2026 Diperkenal, 300 Unit Sahaja!
Roda2

Hyper Naked Ekstrem MV Agusta Rush Titanio 2026 Diperkenal, 300 Unit Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata10/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MV Agusta Rush Titanio 2026

MV Agusta memperkenalkan hyper naked, Rush Titanio, sebagai ekspresi paling ekstrem dari Schiranna.

MV Agusta Rush Titanio muncul sebagai evolusi terbaharu paling radikal bagi falsafah hyper naked MV Agusta menerusi gabungan kejuruteraan canggih dan bahan eksklusif dalam rekabentuk khas Itali.

Sejak diperkenalkan pada 2019 dalam tema warna kelabu gangsa merah, model Rush terus berevolusi melalui edisi Rush Army pada 2021, dan Rush Mamba (2023).

Bagi edisi 2026 , MV Agusta Rush Titanio 2026 hadir dalam kemasan Nero Intenso yang digabungkan bersama aksen Argento Magnum dan Blu Titanio.

Penampilan Luaran

MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026

Nama Titanio dipilih selari penggunaan meluas komponen titanium gilap (brushed). Semua bahagian dicat menggunakan kemasan kilat penuh bagi menonjolkan garis badan maskular.

Ia kemudian dikontras dengan penggunaan komponen karbon jenis matte twill weave untuk memberikan tekstur lebih mendalam berbanding tekstur rata pada model terdahulu.

MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026

Bahagian pelana menggunakan Alcantara dengan sulaman Titanio dan corak atom yang dihasilkan secara laser.

MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026

Tema grafik atom turut diterapkan pada bahagian atas dan kowl tangki bahan api sebagai simbolik kepada ketepatan kejuruteraan bahan termaju yang digunakan model berkenaan.

Selain karbon dan titanium, MV Agusta Rush Titanio turut dimuatkan komponen aluminium anod dalam warna Blu Titanio untuk memberikan aksen warna eksklusif pada bahagian teknikal tertentu.

Trenkuasa, Titanium

MV Agusta Rush Titanio 2026

Nadi utama MV Agusta Rush Titanio ialah enjin 4-silinder sebaris 1,000cc yang ditambah baik sepenuhnya untuk memberikan prestasi luar biasa pada setiap julat rev enjin.

Enjin buatan tangan di Varese itu mematuhi piawaian emisi Euro5+ dan menggunakan 16 injap titanium jejari serta empat batang penghubung titanium tempa.

MV Agusta Rush Titanio 2026

Sistem ekzos pula menggunakan unit slip on titanium Arrow yang direka khas untuk mengurangkan berat dan mengoptimum aliran keluar udara sambil memberikan bunyi akustik lebih mantap. Unit ekzos itu dipadankan pemegang ekzos khas yang juga dibuat daripada titanium.

MV Agusta Rush Titanio 2026

Ketelitian kejuruteraan diteruskan menerusi penggunaan titanium pada kowl depan tangki bahan api dan kedua-dua pemegang skrin dan lampu depan.

Malah komponen sekecil skru pada madgad depan dan komponen titanium lain turut menggunakan titanium bagi memastikan pengurangan berat menyeluruh.

Pengeluaran Terhad

MV Agusta Rush Titanio 2026

Sebagai karya seni motosikal yang ada nilai koleksi tinggi, MV Agusta Rush Titanio hanya dikeluarkan 300 unit untuk pasaran dunia. Setiap unit akan mempunyai nombor siri dan dikeluarkan sepenuhnya di kilang MV Agusta yang terletak di Varese, Itali.

Jentera itu dijadualkan menemui pelanggan pada 2026. Maklumat lanjut mengenai harga dan spesifikasi penuh akan didedahkan kemudian.

Spesifikasi Ringkas MV Agusta Rush Titanio

  • Enjin 4-silinder sebaris 1,000cc
  • 16-injap titanium jenis radial
  • 4 rod sambung sambung titanium jenis tempa
  • Sistem ekzos slip on titanium Arrow dengan logo MV Agusta
  • Casis titanium dan gentian karbon
  • Kemasan karbon jenis premium twill weave matte
  • Warna dominan Nero Intenso, Argento Magnum, dan Blu Titanio
  • Material pelana Alcantara dengan corak atom laser
  • Komponen titanium tambahan: Pemegang ekzos, kowl tangki bahan api, pemegang skrin, pemegang lampu depan dan skru pengikat
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
MV Agusta Rush Titanio 2026
Hyper Naked MV Agusta MV Agusta Rush Titanio roda2
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026
Roda2

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

07/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Aksesori

But Menunggang LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Lancar, Harga RM369

08/02/2026
LS2 lancar sarung tangan LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO
Aksesori

Sarung Tangan LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO Lancar, Harga Mula RM89!

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.