Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998
Roda2

HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONG LEONG Yamaha Motor (HLYM) minggu ini secara rasmi melancarkan Yamaha Ténéré 700 baharu, sebuah motosikal dual-purpose yang direka untuk penunggang yang gemar menjelajah lebih jauh, sama ada untuk kegunaan touring mahupun tunggangan off-road.

Pelancaran ini hadir tepat pada masanya ketika trend motosikal berkuasa tinggi, khususnya dalam segmen adventure pertengahan, terus menunjukkan pertumbuhan positif di Malaysia. Dengan semakin ramai penunggang memilih aktiviti touring dan penjelajahan rentas sempadan, Ténéré 700 tampil sebagai pilihan yang cukup relevan.

Segmen Adventure 700cc Semakin Panas

Menurut Pengarah Urusan baharu HLYM, Loh Heng Choy, pasaran motosikal berkuasa tinggi tempatan terus berkembang kukuh dari 2024 ke 2025, dengan segmen melebihi 500cc merekodkan peningkatan yang memberangsangkan.

Lebih menarik, kategori adventure khususnya dalam julat pertengahan kini semakin mendapat momentum, selari dengan gaya hidup penunggang yang mahu lebih kebebasan untuk mengembara.

Warna Adventure Blue, Lebih Menyerlah

Untuk model terkini ini, HLYM memperkenalkan satu pilihan warna eksklusif iaitu Adventure Blue.
Kemasan ini diinspirasikan daripada langit tanpa sempadan, melambangkan semangat eksplorasi dan kebebasan yang menjadi identiti Ténéré.

Antara pembaharuan terbesar ialah pengenalan Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) buat pertama kali pada enjin CP2. Sistem ini memberikan respons pendikit yang lebih lancar dan lebih tepat, sekali gus meningkatkan keyakinan penunggang ketika melalui laluan berliku atau permukaan mencabar.

Dua Mod Tunggangan

Penunggang kini boleh memilih antara dua mod tunggangan iaitu:

  • SPORT – untuk penghantaran kuasa lebih agresif
  • EXPLORER – lebih halus dan sesuai untuk perjalanan jauh serta off-road

Pilihan ini menjadikan Ténéré 700 lebih fleksibel mengikut gaya tunggangan.

Ergonomik, Suspensi Dipertingkat

Dari segi keselesaan, Yamaha menambah baik posisi tunggangan menerusi tempat duduk rata dan footrest yang lebih besar. Sistem suspensi turut dinaik taraf dengan Monocross linkage-type suspension serta fork depan upside-down 43 mm yang boleh dilaras, sesuai untuk tunggangan on-road dan laluan lasak.

Untuk lebih fleksibiliti, motosikal ini dilengkapi ABS boleh laras 3 mod bersama Traction Control System (TCS).
Kedua-dua sistem ini boleh diaktifkan atau dimatikan mengikut keadaan jalan, terutama ketika memasuki laluan off-road.

Kemaskini Navigasi, TFT

Satu lagi naik taraf besar ialah paparan TFT 6.3 inci yang kini menyokong sambungan telefon pintar dan navigasi turn-by-turn. Penunggang boleh memilih dua tema paparan iaitu Sport dan Explorer, selain turut menerima port USB Type-C untuk pengecasan peranti.

Bahagian depan kini menggunakan lampu quad LED baharu yang menawarkan pencahayaan lebih jelas ketika tunggangan malam. Switchgear juga direka semula supaya lebih intuitif, termasuk fungsi signal tiga kali dan auto-cancel.

Harga Di Malaysia

Yamaha Ténéré 700 baharu ditawarkan pada harga RM58,998. Dengan pakej teknologi lebih lengkap, ergonomik lebih baik dan imej adventure yang semakin kuat, model ini dilihat sebagai salah satu pilihan paling menarik dalam segmen middleweight ADV di Malaysia.

adventure bike Adventure Middleweight Auto Terkini Dual purpose bike Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) Yamaha Tenere 700
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    02/04/2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 Kini di Malaysia – Harga RM33,888, Enjin 700cc 74 HP

    02/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota bZ4X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM220,000!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.