Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hospital Larang Kereta EV Masuk Parkir Sebab Mudah Terbakar?
Auto Terkini

Hospital Larang Kereta EV Masuk Parkir Sebab Mudah Terbakar?

ShawkathBy Shawkath13/05/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemandu kenderaan elektrik (EV) di Britain yang melawat sebuah hospital untuk temujanji anaknya terkejut selepas dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di lot parkir dengan struktur logam (metal car park) kerana risiko terbakar.

Insiden itu berlaku di Hospital Alder Hey di Liverpool. Pemandu kereta EV itu, Paul Freeman-Powell berasa kecewa dan berkongsi kisah yang dialaminya di media sosial dengan beberapa keping foto.

Freeman-Powell mendakwa dia meminta penjelasan daripada seorang pengawal keselamatan dan diberitahu bateri kenderaan EV ada risiko ‘terbakar’ atau ‘meletup’ jika berlaku suatu tindak balas di lot parkir (membabitkan besi atau komponen logam).

Kecewa dengan situasi itu, Freeman-Powell mengemukakan aduan dan menghantar dokumen Permohonan Kebebasan Maklumat serta berkongsi dokumen itu di media sosial. Dalam aduannya, dia menyatakan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) 20 kali ganda lebih mudah terbakar berbanding EV.

APA KATA HOSPITAL?

Hospital Alder Hey mengirim satu kenyataan kepada agensi berita BBC dan menjelaskan bahawa mereka ‘mengenakan sekatan sementara kenderaan EV di lot parkir saiz kecil kerana mereka sedang melakukan kerja-kerja naik taraf sistem pemercik air (alat pemadam kebakaran) selepas menerima nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Merseyside.

Kenyataan sama menegaskan pemilik kenderaan EV masih boleh parkir di tempat letak kenderaan utama hospital yang menawarkan 14 lot khas beserta alat pengecas bateri.

PANDANGAN PAKAR

Beberapa pakar tidak bersetuju dengan keputusan hospital tersebut kerana alasan diberi tidak disandarkan bukti kukuh.

Ketua Pengangkutan dari Unit Risikan Tenaga dan Iklim, Colin Walker menjelaskan data dari EV FireSafe menyatakan kenderaan berasaskan petrol memiliki risiko lebih 80 kali mudah terbakar berbanding EV.

Laporan Agensi Kontigensi Awam Sweden pada tahun 2022 menyatakan kadar purata kebakaran membabitkan kenderaan elektrik dan hibrid ialah 3.8 kebakaran untuk setiap 100,000 kenderaan.

Kebakaran membabitkan kenderaan semua jenis bahan api (termasuk perbuatan sengaja membakar) ialah 68 kes kebakaran untuk setiap 100,000 kereta.

What the ACTUAL F, @AlderHey? EVs banned because, said the security guard, “the battery will react with the metal carpark and it might catch fire / explode”?!💥

What Fossil Fuel lobbied fresh hell nonsense is this?!@FullyChargedShw @StopBSCampaign @fairchargeuk @QuentinWillson pic.twitter.com/9gfaRqXVT3

— Paul Freeman-Powell (@paulfp) May 1, 2024

SUMBER: CarScoops

Hospital Alder Hey isu kereta EV mudah terbakar Kenderaan Elektrik (EV) Paul Freeman-Powell Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi RS 5 2026: PHEV Berprestasi Pertama Dari Audi Sport, 639 ps/825 Nm, 0-100 km/j 3.6 Saat!

19/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Auto Terkini

LTSIP Mula Operasi 5 Mac Ini, Fokus Lonjakan Penumpang Menjelang Aidilfitri

19/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia, Sokong Sistem Tol ANPR di PLUS

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.