HONDA secara rasmi melancarkan motosikal jalanan gaya klasik, Honda GB350 C 2026 untuk pasaran Jepun pada harga 715,000 yen (RM20,580).
Sebagai makluman, Honda GB350 C 2026 adalah antara model dalam trio GB350 yang turut terdiri daripada GB350 S atau dikenali sebagai GB350 RS di pasaran tempatan.
Model 2026 hadir dalam variasi warna baharu dan beberapa penambahbaikan spesifikasi yang dijadualkan berada di pasaran Jepun bermula 31 Oktober 2025.
Honda GB350 C 2026 kini ditawarkan dalam dua warna baharu: Matte Sandstorm Beige (kuning cair) yang memberikan kesan lembut dan mewah, serta Matte Bullet Silver (perak) yang memancarkan aura berkuasa dan elegan. Selain itu, jarak suluhan lampu depan diubah suai bagi meningkatkan penglihatan pada waktu malam.
Spesifikasi dan Ciri Utama
Trenkuasa
- Dikuasakan enjin 4-lejang NC59E silinder tunggal 348cc OHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI
- Menghasilkan output kuasa 120ps @ 5,500rpm dan tork 29Nm @ 3,000rpm
- Mempunyai pengimbang koaksial syaf (shaft coaxial balancer) utama untuk mengurangkan getaran, dan paip ekzos ditala untuk bunyi gabungan nada rendah dan tinggi
Posisi Tunggang
- Kedudukan hendal dekat membolehkan posisi menunggang tegak dan santai
- Tinggi pelana 800mm, posisi peg kaki, dan jarak roda direka untuk keselesaan dan kestabilan
Casis dan Brek
- Frem direka untuk keseimbangan kelenturan dan ketegaran bagi memastikan tunggangan selesa
- Pusat graviti (CoG) rendah memberikan pengendalian lebih stabil dan responsif
- Brek cakera hidraulik saiz besar di depan dan belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan tetapan khas GB350 untuk meningkatkan keselamatan
Perincian dan Kelengkapan
- Lampu depan LED bulat dengan jarak suluhan lebih lebar.
- Kemasan krom pada penutup lampu depan dan frem meter.
- Lencana 3D pada penutup sisi.
- Huruf klasik pada jarum meter.
- Klac antigelincir Assist & Slipper Clutch (ASC)
- Kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengawal daya tarikan roda belakang.
- Signal Henti Kecemasan (ESS) yang mengaktifkan lampu kecemasan apabila membrek mengejut.
- Pedal gear yang boleh dikendalikan menggunakan tumit untuk mengelakkan kerosakan kasut.
Data Teknikal
- Nama: Honda GB350 C
- Dimens: Panjang 2,205mm, lebar 790mm dan tinggi 1,105mm
- Jarak roda: 1,440mm
- Berat: 186kg
- Kapasiti penumpang: 2 orang
- Tinggi pelana: 800mm
- Kapasiti tangki petrol: 15 liter
- Radius pusingan minimum: 2.3 meter
- Pilihan warna: Matte Sandstorm Beige (kuning cair) dan Matte Bullet Silver (perak)
Harga dan Jualan
Honda merancang menjual 2,000 unit Honda GB350 C setahun di pasaran domestik Jepun pada harga 715,000 yen (RM20,580) termasuk 10 peratus cukai penggunaan. Harga tidak termasuk cukai, insurans, dan yuran pendaftaran.
Leave a Reply