BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan tawaran tiga pilihan warna terbaharu untuk kapcai Honda Dash 125 iaitu merah, biru dan kelabu ke pasaran tempatan, harga mula RM6,599 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
Kapcai yang mematuhi standard piawaian Euro 4 itu masih meneruskan penggunaan spesifikasi tahun 2022 walaupun ada perbezaan harga asas sekitar RM110.
Berdasarkan maklumat, Honda Dash 125 edisi 2024 mula diedarkan ke semua rangkaian pengedar rasmi dan premis IMPIAN X bermula hari ini. Berikut ialah perinciannya:
WARNA PILIHAN
Ada tiga pilihan warna disediakan untuk Honda Dash 124 edisi 2024 iaitu merah, biru dan kelabu.
PERINCIAN
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 124cc SOHC 2-injap penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (PGM-FI), berkuasa 9.9hp @ 8,000rpm dan tork 9.54Nm @ 6,500rpm.
- Kotak kotak gear 4-kelajuan.
- Sistem penghidup automatik dengan butang tekan mula (push-start) dan penendang kaki (kick starter).
- Frem backbone dengan sistem lampu depan LED.
- Berat kasar 105kg. Tangki minyak sebesar 4 liter dan tinggi pelana 767mm.
- Sistem suspensi fork teleskopik (depan) dan absorber kembar (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal pada roda depan dan belakang (tiada lagi opsyen brek dram).
- Rim 17 inci dengan tayar 70/90 (depan), dan 80/90 (belakang).
- Jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu)
Leave a Reply