BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda CRF250 Rally 2025 dalam warna baharu Extreme Red (merah) pada harga RM28,599, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Warna ini dipadankan dengan grafik ala rali dan pelana biru gelap yang menyerlahkan lagi gaya lasak dirt bike itu.
Model baharu warna baharu itu akan berada di Honda BigWing, Honda Impian X, dan pengedar BSH sah seluruh negara bermula akhir Ogos ini.
Ciri Utama Honda CRF250 Rally
Enjin DOHC 4-Injap, Silinder Tunggal
- Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 4-injap 250cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI untuk penjimatan bahan api optimum
- Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat
- Output kuasa 18.8kW (25.2hp) @ 9,000rpm dan tork 21.9Nm @ 6,500rpm
Frem Ringan dan Stabil
- Frem keluli buai semi ganda (semi-double cradle) dengan swingarm aluminiumm untuk kestabilan tinggi ketika menunggang di jalan raya dan laluan off-road
Sistem Suspensi Dipertingkat
- Honda CRF250 Rally 2025 menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa 43mm di depan, dan monoshock Showa Prolink (belakang) dengan travel panjang untuk keselesaan meredah permukaan mencabar.
Ciri Tunggangan Moden
- Klac antigelincir Assist dan Slipper Clutch (ASC) memudahkan penukaran gear, dan mengurangkan kesan sentakan ketika gear rendah
- Panel meter LCD digital memaparkan takometer, odometer, indikator gear dan maklumat lain
- Lampu LED penuh untuk lampu depan dan lampu belakang yang lebih cerah dan jelas
Spesifikasi Honda CRF250 Rally
- Kapasiti tangki petrol 12.8 liter
- Berat kerb 153kg
- Tinggi pelana 893mm
- Jarak tinggi bumi 277mm
- Tayar 80/100/21 M/C di depan dan 120/80/18 M/C (belakang)
- Brek cakera tunggal 296mm jenis petal apung dengan kaliper 2-piston (depan), dan brek cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal. Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan ABS belakang boleh dinyah aktif
Honda CRF250 Rally Simbol Kembara Sejati
Honda CRF250 2025 bukan sekadar motosikal,tetapi simbol pengembaraan sejati. Dengan enjin berkuasa, suspensi panjang, dan ciri moden seperti ASC, model itu direka buat mereka yang mahu menawan laluan lasak atau menikmati tunggangan harian penuh gaya.
Leave a Reply