Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Type-R Generasi-4 Tutup Buku Dengan ‘Black Edition’, Cuma 100 Unit Dikeluarkan
Roda4

Honda Civic Type-R Generasi-4 Tutup Buku Dengan ‘Black Edition’, Cuma 100 Unit Dikeluarkan

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://images.cdn.circlesix.co/image/1/1000/0/uploads/posts/2017/01/c69f209c3d55fe82cba20035f0c39506.jpg
SEMPENA mengakhiri Honda Civic Type R (FK2) paling sekejap, Honda semalam mengumumkan 100 unit terakhir model itu yang dihasilkan dalam trim serba hitam, Black Edition.

Type R (FK2) sepatutnya menyusuli Civic generasi ke-9 (FB) lebih awal walaupun dibangun dalam casis berbeza, tetapi model prestasi tinggi itu tiba agak lewat pada 2015, iaitu empat tahun selepas kitaran hidup Civic generasi tersebut. Ditambah pula kemunculan Honda Civic paling baharu – generasi ke-10 (FC) – dan mahu tidak mahu Type-R (FK2) terpaksa ditamatkan juga hayatnya.

Honda semalam mengesahkan mengeluarkan 100 unit terakhir Honda Civic Type-R untuk pasaran seluruh Britain, di mana semua model itu akan dihasilkan dalam trim ‘Black Edition’ bagi memastikan bakal pemilik jentera prestasi tinggi itu sekurang-kurangnya dapat bergembira kerana memiliki sesuatu yang istimewa.

HARGA SAMA, PENAMPILAN BERBEZA

Setiap kereta datang dengan plat merah pada sudut spoiler dan beberapa percikan merah dalam kabin. Pada harga £32,300 (RM175,780), kos Type-R terakhir ini sebenarnya sama saja dengan Type-R GT sedia ada, dan pembeli tidak nampak seperti perlu membayar harga lebih hanya untuk mendapatkan sebuah kereta edisi terhad .

Lebih menambahkan daya tarik ialah 100 unit terhad itu adalah antara 2,500 Type-R yang sudah terjual seluruh Britain. Ya, tidak banyak unit dijual dan fakta itu pastinya menambahkan faktor ‘rare’ Type R Black Edition!

Terkini, Honda Civic Type-R baharu akan menyusul lebih awal, seiring kemunculan Civic generasi-10 yang baru saja dilancarkan tahun lalu. Jadi, jumlah model itu pastinya lebih banyak terjual berbanding model terdahulu. Sementara itu, Type-R generasi ke-5 sebagai mengiringi Civic (FC) versi pengeluaran dijangka didedahkan di Pameran Motor Geneva 2017 pada Mac ini sebelum berada di pasaran pada tahun ini juga.

SUMBER: Car Throttle

Auto Terkini Honda Honda Civic Honda Civic Type FK2 Honda Civic Type R Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

13/03/2026
Auto Terkini

Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

12/03/2026
Auto Terkini

Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

12/03/2026
Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
Roda4

Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

12/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.