Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type R Diiktiraf Kereta Terbaik Tahunan Top Gear – Bolot 3 Anugerah!
Auto Terkini

Honda Civic Type R Diiktiraf Kereta Terbaik Tahunan Top Gear – Bolot 3 Anugerah!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ada yang bertanya, kenapa keluar begitu banyak berita tentang Honda Civic Type R tahun ini, jawapannya adalah kerana model itu memang kereta yang bagus.

Civic Type R bukan lagi kereta ‘hardcore’ semata-mata, tetapi sudah jadi kereta berprestasi serba boleh. Model itu cukup cemerlang dari segi prestasi hingga mencatatkan rekod sebagai kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas di Nürbürgring, dan pada masa sama masih sebuah Honda. Maksudnya, Civic Type R masih sebuah jentera yang praktikal dengan empat pintu dan suspensi yang tidak sekeras versi terdahulu, Civic Type R FD2R.

BACA >>> Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan

Malah, Civic Type R masih dalam radar harga mampu milik di kalangan pembeli Amerika Syarikat dan Britain, serta tidak pula memuatkan aneka teknologi enjin dan transmisi yang pelik-pelik dan mahal untuk disenggara.

NOMBOR 1 PILIHAN TOP GEAR

Kehebatan Civic Type R semakin jelas diperakui apabila majalah terkenal, Top Gear mengiktiraf hatchback tersebut sebagai Kereta Terbaik Tahunan (COTY) 2017 dengan membolot tiga anugerah serentak:

  • Hot Hatch Terbaik Tahunan (Hot Hatch of the Year)
  • Kereta Editor Antarabangsa Terbaik Tahunan (TG International Editor’s Car of the Year)
  • Kereta Terbaik Tahunan (Car of the Year)

Anugerah COTY anjuran majalah terbitan BBC itu adalah acara tahunan bagi meraikan kereta terbaik setiap tahun. Top Gear pula ialah majalah bulanan permotoron terbesar dunia yang mana tahun ini semua pengarang Top Gear antarabangsa (22 orang) mengundi untuk memilih kereta terbaik tahunan kegemaran mereka.

Menurut majalah BBC TopGear;

Civic Type R bukan sekadar Kereta Hatchback Terbaik Tahunan, ia juga Kereta Terbaik Tahun ini. Kereta ini terasa ketagih untuk dipandu, berkarakter dan sangat pantas, ibarat hero bagi orang kebanyakan yang memberikan akses dan kegilaan dalam satu pakej. Keseronokan model ini datang daripada gabungan pakej tersebut. “

BACA >>> Adrian Salleh Pemilik Pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu Di Malaysia

Civic Type R hanya dipasang di kilang Honda di Swindon, Britain dan inilah antara sebab kenapa harga hatchback itu tinggi untuk negara yang tidak mempunyai perjanjian bebas dengan Britain. Model ini banyak berkongsi komponen dengan Civic hatchback dan dibangunkan daripada asas untuk menjadikan ia kereta serba boleh sama ada atas trek atau jalan raya biasa.

Auto Terkini COTY 2017 Honda Honda Civic Honda Civic Type R Kereta Terbaik Tahunan 2017 Roda4 Top Gear
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.