Boon Siew Honda secara rasmi memperkenalkan Honda ADV350 2025 untuk pasaran Malaysia. Model ini tampil lebih segar dengan teknologi baharu dan pengendalian yang lebih baik.
Menggabungkan gaya sofistikated bandar bersama semangat pengembaraan off-road, menjadikannya pilihan ADV scooter yang serba lengkap.
Ciri Baharu Menarik
- Paparan TFT 5 inci berwarna penuh – Paparan baharu ini lebih jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang, dan kini menyokong Honda RoadSync untuk kawalan muzik, panggilan dan navigasi menerusi Bluetooth.
- Suis kawalan empat arah dengan lampu latar – Memudahkan navigasi menu semasa menunggang.
- Lampu dalam ruang simpanan bawah tempat duduk – Menyediakan pencahayaan praktikal dalam ruang sebesar 48 liter yang mampu memuatkan dua helmet full-face.
- Port USB-C dalam kotak sarung tangan – Untuk kemudahan mengecas peranti ketika dalam perjalanan.
- Skrin angin boleh laras empat tahap – Dengan jarak pelarasan sehingga 133mm, memberikan perlindungan optimum mengikut kelajuan dan keadaan jalan.
Rekaan & Praktikaliti
- Tempat duduk pada ketinggian 795mm – Mesra penunggang pelbagai saiz.
- Lampu isyarat automatik (auto-cancelling indicators) – Mematikan sendiri selepas belok untuk elak gangguan.
- Sistem Emergency Stop Signal (ESS) – Lampu isyarat berkelip semasa membrek mengejut untuk beri amaran kepada kenderaan belakang.
- Rim aluminium 6-jejari (X-shaped) dengan tayar corak blok – Sesuai untuk pelbagai permukaan jalan.
- Brek cakera depan & belakang dengan ABS dua saluran – Untuk kawalan membrek lebih yakin.
Suspensi & Pengendalian
- Penyerap hentak belakang jenis takungan jauh (remote reservoir) – Kini boleh dilaras pra-beban untuk keselesaan dan kestabilan mengikut muatan dan permukaan jalan.
- Fork USD 37mm di depan dengan perjalanan 125mm – Kekal seperti sebelumnya untuk pengendalian lincah.
- Honda Selectable Torque Control (HSTC) – Sistem kawalan cengkaman dua tahap, bantu kelancaran dan kestabilan tunggangan.
Teknologi Pintar
- Honda Smart Key – Boleh menghidupkan enjin, buka tempat duduk dan mengunci secara automatik tanpa guna kunci fizikal.
- Fungsi answer-back – Menyalakan lampu isyarat bagi memudahkan pencarian motosikal di kawasan parkir sesak.
Enjin & Prestasi
- Enjin 330cc eSP+ SOHC silinder tunggal – Menjana 21.5kW @ 7,500rpm dan 31.8Nm @ 5,250rpm.
- Kadar penggunaan bahan api: Sekitar 28.6km/l.
Warna & Harga
Tiga pilihan warna ditawarkan:
- Moscato Red Metallic
- Matte Pearl Agile Blue
- Matte Gun Powder Black Metallic
Harga: RM33,999 (harga cadangan atas jalan tanpa insurans, cukai jalan & pendaftaran).
Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km, mana-mana yang terdahulu.
Ketibaan & Maklumat Lanjut
Honda ADV350 2025 dijangka tiba di bilik pameran Honda BigWing sekitar pertengahan Ogos 2025.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://hondabigbike.com.my/model/adv350/ atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993.
Leave a Reply