GWM Malaysia rasmi memperkenalkan varian baharu GWM Haval H6 HEV dalam pilihan warna dalaman Phantom Black yang serba eksklusif.
Naik taraf ini memberi suntikan gaya baharu kepada SUV hibrid paling laris GWM, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV hibrid paling berbaloi dan serba boleh di pasaran Malaysia.
Rekaan Dalaman 'Phantom Black', Gabungan Sporty dan Mewah
Ruang dalaman Phantom Black menawarkan suasana kabin lebih sofistikated dan moden, seiring permintaan pelanggan yang mengutamakan gaya dan cita rasa peribadi.
Warna dalaman baharu itu juga melengkapkan rupa luaran berani GWM Haval H6 HEV yang sedia ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna badan tanpa sebarang pengurangan ciri atau spesifikasi.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata;
Kami mendengar permintaan pengguna tempatan yang mahukan pilihan dalaman yang lebih eksklusif dan elegan. Penambahan ini mencerminkan komitmen GWM dalam menawarkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan sebenar rakyat Malaysia."
Enjin Hibrid Kuasa Tinggi dan Penjimatan Optimum
Di sebalik rekabentuk baharu, GWM H6 HEV masih mengekalkan trenkuasa sama, iaitu enjin hibrid 4-silinder 1.5L Turbo dengan kombinasi elektrik dan petrol.
Berikut spesifikasi ringkas kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu:
- Output kuasa gabungan 243ps, dan tork 530Nm
- Penggunaan bahan api 5.8 liter per 100km
- Jarak pemanduan lebih 1,000km setangki penuh
Spesifikasi diberitkan meletakkan GWM Haval H6 HEV antara SUV hibrid paling cekap dan berkuasa dalam kelas yang menawarkan pemanduan lancar, berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api mengagumkan.
Ciri Teknologi dan Rekabentuk Pintar
Selain trenkuasa hibrid canggih, GWM Haval H6 HEV hadir dengan pelbagai ciri pintar seperti:
- Unit infotainmen skrin besar
- Kawalan suhu automatik dwi-zon
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
- Mod pandu pelbagai
- Rekabentuk aerodinamik dan agresif
Semua itu disatukan dalam sebuah SUV berjiwa premium yang pada harga berbaloi yang membuktikan kemewahan tidak semestinya mahal.
Promosi Hebat GWM: Jimat RM6,600 + Waranti Bateri 10 Tahun
Bagi tempoh terhad, GWM Malaysia menawarkan promosi khas kepada pembeli baharu:
- Penjimatan hingga RM6,600
- Waranti bateri HEV 10 tahun
Promosi itu menjadikan GWM Haval H6 HEV bukan saja pilihan bijak dari segi spesifikasi dan prestasi, tetapi turut menawarkan nilai pemilikan jangka panjang sangat berbaloi.
Leave a Reply