SELAIN menyediakan pusat servis di stesen-stesen Petronas terpilih, Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales) juga telah memeterai satu lagi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama anak syarikat Petronas, Gentari Sdn Bhd (Gentari).
MoU ini pula adalah bertujuan untuk Gentari membangunkan kemudahan pengecasan di pusat servis Perodua sebagai persediaan kepada pengenalan kenderaan elektrik (EV) Perodua pada masa akan datang, sekaligus menyokong kepada peralihan EV.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;
Secara keseluruhan, MoU ini akan melancarkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat nasional untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami."
Setakat ini Petronas memiliki lebih 1,000 stesen di seluruh negara, manakala Perodua pula mempunyai 194 pusat jualan dan 209 pusat servis di seluruh Malaysia.
Dengan lebih daripada 175 titik pengecasan DC, Gentari kini mengendalikan rangkaian pengecasan arus terus (DC) berlesen terbesar di Malaysia.
SUMBER: BeritaHarian
Leave a Reply