Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Jual Lebih 2.1 Juta Unit, Proton Sumbang 100k Jualan Sepanjang 2019
Auto Terkini

Geely Jual Lebih 2.1 Juta Unit, Proton Sumbang 100k Jualan Sepanjang 2019

Abang HirataBy Abang Hirata21/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely Holding) pada 13 Januari lalu mengumumkan jualan agregat tiga subsidiari automotif iaitu Geely Auto Group, Volvo Car Group dan Geely New Energy Commercial Vehicle Group.

Umum mengetahui Geely sebagai syarikat induk, tetapi tidak semua jenama kenderaan dimiliki konglomerat itu. Satu lagi kerjasama unik  Geely ialah perkongsian pegangan 50:50 dengan Daimler dalam syarikat Smart.

Jualan Geely Holding, melibatkan tiga subsidiari utama sepanjang 2019, mencatatkan 2.178 juta unit. Walaupun mengalami ketidaktentuan pasaran global, jualan masih menunjukkan momentum positif. Misalnya, jualan kenderaan hijau baharu mencatatkan 167,507 unit (kenderaan penumpang dan komersial hijau), meningkat 50.6 peratus berbanding 2018.

BACA >>> Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

JUALAN GEELY AUTO GROUP STABIL

Logo Geely Auto
Logo Lynk & Co

Jenama di bawah Geely Auto Group, iaitu Geely Auto (Bo Yue dsb), Lynk & Co, Geometry, Proton dan Lotus masih stabil dalam persekitaran serba mencabar sepanjang tahun lalu. Menariknya, jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan crossover mencatatkan 50 peratus pegangan jualan, dan selebihnya dikuasai sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV). Jualan kenderaan elektrifikasi seperti elektrik, hibrid plug-in (PHV) dan hibrid ringan (mild hybrid) meningkat 63 peratus kepada 113,067 unit.

Pasaran automobil China pada 2019 mencatatkan penurunan dua tahun berturut-turut, merosot 8.2 peratus di bawah 25.8 juta unit berbanding 2018, cuma 3 peratus. Jualan Geely Auto, termasuk Lynk & Co dan Geometry, pada 2019 ialah 1,361,560 unit. Apa yang positif, Geely Auto berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama China paling laris buat tahun ketiga berturut-turut.

Jenama premium Lynk & Co pula mencatatkan prestasi tertinggi untuk tahun penuh kedua dengan jualan 128,606 unit, meningkat 6.46 peratus. Pada 2020, jenama itu secara rasmi akan mula memasuki pasaran Eropah dan membuka lembaran baharu untuk pembangunan kumpulan.

BACA >>> Lynk & Co 02 di Pasaran Dunia Selepas 2019 – Crossover Premium Buat Si Muda Bergaya

PROTON REBUT POSISI KEDUA TERLARIS DI MALAYSIA

Sementara itu, Proton Cars, yang juga salah satu pengeluar yang bernaung bawah Geely Auto Group dengan perkongsian pegangan 49.9 peratus bersama DRB-Hicom, mencatatkan prestasi baik dengan menduduki semula tangga kedua pegangan pasaran.

Proton mencatatkan jualan tahunan 100,821 unit, meningkat 55.7 peratus berbanding 2018 yang banyak disumbangkan SUV pertama jenama itu, X70. Model versi pemasangan tempatan (CKD) akan memasuki pasaran bermula tahun ini, termasuk pelancaran beberapa model lain yang dibangunkan bersama.

BACA >>> Tiada Lagi Unit CBU, Proton X50 Akan Terus Lancar dalam Versi CKD!

PRESTASI JUALAN GEELY HOLDING?

Lotus Cars
  • Peningkatan perolehan 12 peratus.
  • Pasaran terbesar di Jepun dengan pertumbuhan jualan 4 peratus, disusuli Britain, Amerika Syarikat, Jerman, Itali, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan China.
Volvo Car Group
  • Sekali lagi mencatatkan rekod jualan global terbaik, lebih 700,000 unit sejak kali pertama ditubuhkan pada 1927. Sejak menyertai Geely Holding Group, jualan Volvo meningkat dua kali ganda.
  • Jualan 2019 meningkat 9.8 peratus kepada 705,452 unit.
  • Polestar membuka kilang pengeluaran di Chengdu, China bagi menghasilkan model hibrid Polestar 1.
  • Pra-tempahan Polestar 2 dibuka dengan pengeluaran bermula awal 2020.
Geely New Energy Commercial Vehicle Group
  • Ditubuhkan pada 2016 dan mempunyai dua jenama: Farizon Auto dan London Electric Vehicle Company (LEVC).
  • Farizon melancarkan beberapa unit kenderaan komersial seperti lori pertama dunia dengan bahan api metanol, bas sel bahan api hidrogen, bas elektrik dengan 5G dan trak ringan dengan ekstender jarak.
  • Farizon memulakan kerjasama strategik di Thailand dan China.
  • LEVC akan melancarkan van ringan pada suku keempat dan mengembangkan eksport teksi TX.

BACA >>> Volvo-Geely Rancang Tubuh Syarikat Baharu Bangunkan Enjin Petrol, Hibrid

Farizon Auto Geely Geely Auto Geely New Energy Commercial Vehicle Group Geometry LEVC London Electric Vehicle Company (LEVC) Lotus Lotus Cars Lynk & Co Proton PROTON Cars Volvo Volvo Car Group Zhejiang Geely Holding Group
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.