GAC Malaysia secara rasmi mengumumkan harga prajualan dua model baharu yang dinanti, GAC Emkoo versi pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah hibrid plug-in (PHEV) GAC M8 PHEV versi import (CBU).
Langkah itu sekali lagi mengukuhkan komitmen GAC untuk menawarkan kenderaan berkualiti tinggi, yang lengkap dengan teknologi canggih yang disesuaikan dengan keperluan pengguna di Malaysia.
GAC Emkoo: SUV Gaya Futuristik, Harga Mula RM120k
GAC Emkoo ialah model CKD kedua GAC selepas GS3 Emzoom yang menandakan langkah serius jenama itu dalam memperluas operasi pemasangan tempatan di Malaysia.
SUV rekabentuk moden itu akan ditawarkan dalam dua varian:
- Premium - Anggaran bermula RM120,000
- Premium Pro - kira-kira RM130,000
Enjin 1.5L Turbo, Transmisi DCT 7-Kelajuan
Dari segi prestasi, GAC Emkoo dikuasakan enjin 1.5L turbo (1.5 TGDI) yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan (7DCT), dengan penggunaan bahan api sekitar 6.6 liter per 100km.
Bahagian luaran menampilkan rekabentuk futuristik, manakala ruang dalaman dilengkapi kluster instrumen digital 10.25 inci dan unit infotainment 10.1 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Antara ciri keselamatan utama termasuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2, yang lengkap dengan fungsi Bantuan Parkir Auto Penuh (FAPA). Kapasiti but mencapai 1,586 liter apabila tempat duduk barisan belakang dilipat rata yang cukup luas untuk kegunaan harian atau percutian.
Waranti GAC Emkoo
Setiap pembeli GAC Emkoo layak menikmati:
- Waranti kenderaan: 5 tahun atau 150,000km
- Waranti enjin dan trenkuasa: 7 tahun atau 180,000km
GAC M8 PHEV: MPV PHEV Premium Pertama di Malaysia
GAC Malaysia turut membuka tempahan MPV premium PHEV pertama di pasaran tempatan, GAC M8 PHEV yang menggabungkan prestasi elektrik dengan keupayaan perjalanan jauh.
Model itu ditawarkan dalam dua varian mewah:
- M8 Premium - Bermula RM333,000
- M8 Luxury - Bermula RM380,000
Enjin 2.0L Turbo, Jarak Perjalanan 1,038km
GAC M8 PHEV menggunakan enjin 2.0L turbo yang dipadankan transmisi hibrid 2-kelajuan dengan memberikan gabungan jarak pemanduan terbaik dalam kelas sejauh 1,038km.
Bahagian Dalaman Selesa
Ruang kabin direka untuk memanjakan penumpang dengan ciri mewah seperti:
- Kerusi Kapten boleh baring dengan fungsi One-Touch SPA
- Sistem audio premium Yamaha
- Unit infotainment moden dan intuitif
- Dari segi keselamatan, M8 dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2, termasuk sistem kamera keliling, dan perlindungan udara 360º yang dipaten GAC.
Juga dilengkapi beg udara cermin belakang pertama dunia untuk melindungi penumpang baris ketig, iaitu inovasi luar biasa dalam segmen MPV.
Waranti GAC M8 PHEV
Setiap pembelian GAC M8 PHEV dipakejkan bersama:
- Waranti kenderaan: 5 tahun atau 150,000km
- Waranti bateri: 8 tahun atau 150,000km
Dengan pelancaran Emkoo dan M8 PHEV, GAC Malaysia terus memperkukuh kedudukan dalam pasaran automotif tempatan menerusi tawaran mobiliti moden yang menggabungkan teknologi pintar, gaya premium dan praktikaliti harian.
Maklumat lanjut atau tempahan boleh layari www.gacmotor.com.my. Jangan lupa ikuti GAC Motor Malaysia di media sosial untuk kemas kini terkini.
Leave a Reply