PELUMBA pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell menutup hujung minggu di Marina Bay dengan kemenangan petak pertama di Grand Prix (GP) Singapura 2025.
Selain Russell, pasukan F1 McLaren-Mercedes turut mengesahkan gelaran Kejuaraan Konstrutor (Constructor Championship) musim ini selepas satu daripada dua jentera pasukan itu meraih podium, sekali gus melebarkan jurang mata yang tidak dapat dikejar pasukan lain hingga penamat musim ini.
Russell Dominasi dari Petak Utama
Bermula dari petak utama, Russell memimpin perlumbaan sebaik saja lampu padam dengan mengekalkan kelajuan hingga garisan penamat. Pelumba Britain itu mencatat kemenangan kedua musim ini dan kelima sepanjang karier.
Di barisan depan, drama tercetus apabila Lando Norris (McLaren-Mercedes) bersentuhan dengan pelumba Oracle Red Bull Racing, Max Verstappen dan juga rakan sepasukan, Oscar Piastri. Bagaimanapun, insiden itu tidak menghalang Russell daripada membuka jurang selesa di depan.
Verstappen Pertahan P2, McLaren Raih Kejuaraan
Verstappen terpaksa bekerja keras mempertahankan kedudukan kedua (P2) daripada tekanan Norris pada pusingan akhir, tetapi juara dunia empat kali itu berjaya mengekalkan kedudukan. Norris menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (P3), manakala Piastri, P4.
Walaupun berlaku insiden sesama sendiri, mata dikutip kedua-dua pelumba itu sudah cukup buat McLaren meraih Kejuaraan Kontruktor F1 2025, kali kedua berturut-turut.
Rookie dengan Prestasi Cemerlang
Rakan sepasukan Russell, Kimi Antonelli tampil konsisten dengan menamatkan perlumbaan di tempat kelima (P5), manakala pelumba Scuderia Ferrari HP, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di P6, di depan rakan sepasukan Lewis Hamilton.
Namun, Hamilton dikenakan penalti 5 saat kerana melebihi had trek yang menyebabkan kedudukan pelumba itu jatuh ke kedudukan kelapan (P8).
Situasi itu memberi ruang kepada Fernando Alonso (Aston Martin Aramco Formula One Team) naik tempat ketujuh (P7), manakala Ollie Bearman (MoneyGram Haas F1 Team) meraih dua mata berharga di petak kesembilan (P9).
Carlos Sainz (Williams Racing) menutup kelompok 10 teratas selepas disingkirkan dalam sesi kelayakan.
Keputusan Lengkap
Berikut ranking 11-20 selepas kejuaraan F1 di GP Singapura 2025:
11. Isack Hadjar (Visa Cash App RB)
12. Yuki Tsunoda (Oracle Red Bull Racing)
13. Lance Stroll (Aston Martin)
14. Alex Albon (Williams Racing)
15. Liam Lawson (Visa Cash App RB)
16. Franco Colapinto (Alpine)
17. Gabriel Bortoleto (Stake F1 Team Kick Sauber)
18. Esteban Ocon (MoneyGram Haas F1 Team)
19. Pierre Gasly (Alpine)
20. Nico Hulkenberg (Stake F1 Team Kick Sauber)
Menariknya, tiada pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan di GP Singapura kali ini.
Russell berkata;
Rasanya sangat menakjubkan, terutama selepas apa berlaku beberapa tahun lalu.
"Itu peluang terlepas, tapi hari ini kami menebusnya dengan cara terbaik. Aku sangat berterima kasih kepada pasukan, mereka bekerja keras sepanjang hujung minggu. Kami sendiri pun tidak sangka prestasi sehebat ini muncul, tapi saya sangat gembira," kata Russell selepas perlumbaan.
Apa Seterusnya?
Aksi F1 akan dapat bakal beralih ke GP Amerika Syarikat 2025 di Austin, Texas pada 17-19 Oktober ini.
SUMBER: Formula1.com
Leave a Reply