• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Formula12025: Piastri Cemerlang di Spa, Kukuhkan Kedudukan Kejuaraan

#Formula12025: Piastri Cemerlang di Spa, Kukuhkan Kedudukan Kejuaraan

July 28, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Oscar Piastri - juara GP Belgium, F1 2025
PELUMBA McLaren-Mercedes, Oscar Piastri muncul juara Grand Prix (GP) Belgium selepas mengawal tekanan perlumbaan daripada rakan sepasukan, Lando Norris.

Kemenangan ini menyaksikan pelumba Australia itu melebarkan kelebihan pendahulu dalam kejuaraan pemandu kepada 16 mata.

Hujan Lebat Tangguh Perlumbaan

Pelumba McLaren-Mercedes, Oscar Piastri di GP Belgium 2025

Hujan lebat sebelum perlumbaan menyebabkan sesi bermula lewat hampir 80 minit yang hanya bermula pada Lap 5. Piastri mengambil peluang terbaik dengan meluncur lebih laju daripada Norris di laluan Eau Rouge yang kemudian memintas rakan sepasukan di laluan lurus Kemmel sebelum zon brek Les Combes.

Piastri mengekalkan kelebihan sekitar satu saat pada awal perlumbaan. Dengan litar semakin kering, beliau masuk ke pit pada Lap 12 untuk menukar tayar medium.

Norris terpaksa menamatkan satu pusingan lagi sebelum memasuki pit untuk memilih tayar keras. Selepas keluar dari pit, Norris ketinggalan sembilan saat.

Walaupun perlu mengurus tayar lebih lembut, Piastri kekal konsisten jarak selesa dengan jurang hanya berkurangan kepada 3.1 saat di penghujung perlumbaan.

Namun, kesilapan kecil Norris di selekoh La Source pada pusingan kedua terakhir menyebabkan jurang melebar semula kepada 3.4 saat ketika melintasi garisan penamat.

Leclerc Kembali ke Podium, Verstappen Hampir Curi Tempat

Aksi sengit F1 2025 di GP Belgium

Di tempat ketiga, pelumba  Ferrari Scuderia, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan 20 saat di belakang Piastri. Pelumba itu berjaya mengekang Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing) yang menjuarai aksi Sprint Sabtu lalu, dengan meninggalkan lawannya itu 1.5 saat di belakang.

Persaingan di Grid Pertengahan

George Russell (Mercedes AMG Petronas F1 Team) pula berlumba bersendirian di tempat kelima selepas memintas Alex Albon (William Mercedes) pada awal perlumbaan. Albon berjaya bertahan di tempat keenam walaupun ditekan hebat Lewis Hamilton (Scuderia Ferrari) dalam separuh masa kedua perlumbaan.

Hamilton, yang bermula dari pit dalam jentera Ferrari, mendaki 11 anak tangga untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Mata Berharga Buat Pasukan Midfield

Jentera F1 William-Mercedes di Litar Spa, GP Belgium

Liam Lawson (Racing Bulls) dan Gabriel Bortoleto (Kick Sauber-Ferrari) yang masing-masing meraih tempat kelapan dan kesembilan, manakala Pierre Gasly (Alpine-Renault) mengisi slot terakhir mata dengan kedudukan ke-10.

Reaksi Pemenang: Piastri Puas Hati dengan Taktik, Prestasi

Pelumba McLaren-Mercedes, Oscar Piastri

Oscar Piastri berkata;

Aku tau Lap 1 akan jadi peluang terbaik untuk menang, dan aku dapat keluar dari Turn 1 dengan baik, kemudian angkat pedal sikit kat Eau Rouge, cukup untuk potong.

"Selebihnya kami buat dengan baik walaupun susah kat hujung perlumbaan, mungkin tayar medium bukan pilihan terbaik untuk lima atau enam lap terakhir.

"Tapi kami berjaya kawal keadaan macam aku harap. Aku agak kecewa dengan diri sendiri semalam, tapi mula P2 di Spa bukanlah buruk sangat."

Destinasi Seterusnya: GP Hungary

Pusingan F1 2025 seterusnya akan ke Budapest untuk GP Hungary yang akan berlangsung hujung minggu pertama hingga 3 Ogos.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, F1, Formula 1, Formula 1 2025, Formula One, Formula Satu, GP Belgium, Oscar Piastri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
    BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev