Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Monster Senna 2024, Ada 341 Unit! Sahaja Hampir RM139k
Roda2

Ducati Monster Senna 2024, Ada 341 Unit! Sahaja Hampir RM139k

Abang HirataBy Abang Hirata24/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA peminat dan pengumpul Ducati, ini model yang pasti menarik perhatian anda yang dibikin sempena seorang pelumba legenda hebat.

Ducati Monster Senna 2024 dibuat 341 unit sahaja dan dihasilkan bagi menghargai kerjaya luar biasa pelumba handalan dari Brazil, Ayrton Senna dan legasi yang ditinggalkan mendiang.

Angka 341 merujuk kepada tiga kejuaraan dunia dimenangi Senna dalam Pelumbaan Formula Satu (F1), manakala 41 ialah jumlah podium teratas yang dimenangi beliau.

Monster Senna juga dibuat bagi meraikan hubungan kukuh yang sudah terjalin antara Ducati dan Senna. Walaupun sudah tiada, hubungan antara Ducati dan keluarga mendiang masih berterusan hingga kini.

Ayrton Senna dan Ducati

Pemilihan Monster edisi istimewa ini turut dikaitkan dengan sejarah lampau apabila Senna menjadi antara pemilik terawal Monster 900 yang digunakan beliau untuk bergerak di Monte Carlo.

Detik hubungan antara Ducati dan Senna terjalin buat kali pertama ketika pemilik syarikat, Claudio Castiglioni yang juga peminatnya, menghadiahkan beliau sebuah Ducati 851 SP. Hubungan terus berlangsung pada tahun berikut dan Ducati menyedari mereka ada banyak nilai persamaan.

Edisi Khas Senna, 916 dan Panigale

Apabila Senna melihat sendiri Ducati 916, beliau terpesona dan membangkitkan idea bekerjasama dalam projek khas yang menyatukan Ducati dan Senna.

Dari situ lahirlah Ducati 916 Senna dengan grafik dipilih sendiri Senna dalam warna unik, anthracite grey (hitam kusam dan merah) yang kekal cantik hari ini.

Ducati 916 Senna diumumkan pada Mac 1994 dan pengeluaran dihadkan kepada 300 unit sahaja. Kemalangan mendiang ditakdirkan sebelum sempat motosikal itu dikeluarkan yang menyebabkan semua operasi berkaitan beliau terhenti. Namun, perbincangan lanjut antara Ducati dan keluarga Senna menjadikan projek ini kenyataan dan sebagai tribut kepada mendiang.

Ducati 916 Senna kali pertama ditayangkan d kepada umum pada Disember 1994 dan habis dijual dalam masa singkat. Dua lagi siri dikeluarkan pada 1997 dan 1998 dalam warna dipilih saudara kandung beliau, Leonardo Senna.

Hubungan antara Ducati dan jenama Senna disambung semula pada 2014 melalui 1199 Panigale S Senna dengan skema warna ala 916 Senna. Sebanyak 161 unit dihasilkan iaitu jumlah perlumbaan disertai Senna dan khusus untuk pasaran Brazil.

Tentang Ducati Monster Senna 2024

Skema Ducati Monster Senna ini secara jelas diilhamkan daripada helmet Senna yang membawa warna bendera Brazil. Berikut spesifikasi model tersebut:

  • Dilengkapi komponen lebih ringan dengan berat tanpa bahan api 175kg, iaitu 4kg lebih ringan daripada model standard. Berat lebih ringan ini membantu meningkatkan dinamik motosikal.
  • Rim sport memaparkan tag kuning, hijau dan biru yang dibuat khas untuk model ini. Warna kuning juga dipilih untuk kaliper brek dan jaluran sama pada difuser ekzos Termignoni.

  • Lagi ciri khas ialah pelana istimewa, kowl enjin warna sepadan dan animasi khusus pada skrin panel meter. Setiap model mendapat plat khas yang memaparkan nama model dan nombor siri.
  • Turut dibekalkan kepada pemilik, ialah sijil ketulenan dan selimut khas.
  • Ducati Monster Senna 2024 ditawarkan pada harga £23,500 (RM139,320).

Ciri Standard Utama

Berikut ciri standard model edisi terhad ini:

  • Skema warna Senna*
  • Plat dengan nama model dan nombor siri (XXX/341)*
  • Animasi khas pada skrin motosikal*
  • Pelana sport dengan logo*
  • Enjin 937cc dengan output kuasa 111hp @ 9,250rpm, dan tork 93Nm @ 6,500rpm
  • Difuser bunyi Termignoni dengan strip kuning*
  • Frem depan aluminium
  • Subfrem belakang GFRP
  • Peg kaki aluminium*
  • Swingarm aluminium
  • Damper hendal Öhlins**
  • Fork Öhlins NIX30**
  • Monoshock Öhlins**
  • Rim tempa aluminium (-1.86 kg) hitam dengan strip kuning, hijau, dan biru*
  • Madgad depan dan belakang gentian karbon**
  • Kowl enjin*
  • Lampu LED penuh
  • Panel meter TFT berwarna 4.3 inci
  • Ada tiga mod tunggang: mod baharu – Wet Riding
  • ABS Belokan boleh laras 3-tetapan untuk mod depan sahaja
  • Kawalan Traksi Ducati (DRC) 8-tetapan
  • Kawalan Wheelie Ducati (DWC) 4-tetapan
  • Kawalan Luncur 3-tetapan
  • Brek depan Brembo dengan cakera 320mm dengan kaliper monoblok Stylema kuning. Silinder utama dan pad dibuat daripada bahan pensinteran*
  • Klac hidraulik dengan pam radial
  • Tinggi pelana 840mm
  • Ducati Quickshifter (DQS) naik/turun.
  • Bateri litium-ion**
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV
  • Visor angin
  • Kowl pelana pembonceng
  • Selimut khas*
  • Sijil ketulenan*

* Perkakasan khas Monster Senna
** Perkakasan premium berbanding Monster/Monster+

Ayrton Senna Ducati Ducati Monster Ducati Monster Senna Ducati Monster Senna 2024
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Marco Bezzechi juara GP Thailand 2026
Sukan Permotoran

#MotoGP2026: Aprilia Juara Aksi Pembukaan, Marquez Bersara Awal

02/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.