Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dua Anggota Trafik Tunda Yamaha RX-Z Sejauh 3km Walaupun…
Auto Terkini

Dua Anggota Trafik Tunda Yamaha RX-Z Sejauh 3km Walaupun…

SyafieBy Syafie19/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WALAUPUN motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Marang (IPD Marang) tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah Yamaha RX-Z yang rosak sejauh kira-kira tiga kilometer.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.30 petang Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor), berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.

Rondaan Biasa Bertukar Misi Bantuan

Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata ketika beliau bersama rakan setugas, Koperal Wan Muhamad Fazreen Wan Nasir, 38, sedang melakukan rondaan pencegahan kemalangan dan melancarkan aliran trafik, mereka ternampak seorang penunggang motosikal tersadai di bahu jalan.

Menurutnya, motosikal tersebut gagal dihidupkan dan penunggang berkenaan dilihat agak cemas apabila anggota polis menghampirinya.

Walaupun menyedari motosikal itu “tidak cukup sifat” – tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan menggunakan ekzos ubah suai – kedua-dua anggota tersebut memilih untuk membantu terlebih dahulu.

Tunda ke Lokasi Lebih Selamat

Selepas mendapati motosikal berkenaan tidak dapat dihidupkan, kedua-dua anggota tersebut bertindak menundanya sejauh kira-kira tiga kilometer ke kawasan yang lebih selamat dan mempunyai penempatan penduduk.

Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan penunggang terbabit, memandangkan lokasi kejadian agak sunyi dan berisiko mengundang kejadian tidak diingini.

Menurut Yufaiza, tindakan tersebut dibuat menggunakan budi bicara dan atas dasar perikemanusiaan.

Tular, Terima Pujian Warganet

Rakaman insiden itu tular di media sosial pada Isnin dan menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet.

Majoriti memuji tindakan dua anggota terbabit yang mendahulukan ihsan dan bantuan kepada orang awam walaupun motosikal berkenaan jelas tidak mematuhi spesifikasi jalan raya.

Insiden ini sekali lagi menunjukkan sisi kemanusiaan anggota penguat kuasa di lapangan yang bukan sahaja menjalankan tugas, tetapi turut mempertimbangkan situasi dan kesusahan orang awam.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Marang (IPD Marang) video tular Yamaha RX-Z
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JSPT Cadang Pasang ‘Dashcam’ Pada Semua Kereta Polis

19/02/2026
Auto Terkini

Harga Petrol, Diesel Kekal Minggu Ini

19/02/2026
Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.