• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

March 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL smart #1 membawa gambaran jelas tentang generasi baharu kenderaan elektrik (EV) pintar dalam segmen kereta kecil, kompak dan premium yang sedang berkembang pesat.

smart #1 mengetengahkan rekabentuk ikonik tipikal jenama itu dengan dimensi luaran kompak dalam konsep kenderaan baharu yang mewakili aspirasi premium dan teknologi tinggi.

BACA >>> Kereta Elektrik smart #1 Bakal Lancar Lebih Awal, Suku Ketiga 2023!
BACA >>> BYD Pintas Tesla Sebagai Pengeluar EV Terbesar Dunia 2022

Kenderaan utiliti sukan (SUV) EV baharu itu mensasarkan kumpulan sasaran seperti profesional bekerja atau berpendapatan tinggi yang mencari mobiliti elektrik mampan dan penentu arah aliran avant-garde bandar.

Selain rekabentuk, tumpuan konsep adalah ruang dalaman luas, selesa dan tahap konektiviti tinggi dengan pelbagai ciri bantuan pemandu termaju.

Rekabentuk DNA Mercedes

Idea rekabentuk dan teknik pemodelan smart #1 daripada pasukan rekabentuk global Mercedes-Benz memberikan estetika mewah baharu yang menjadikan SUV EV itu sebagai model premium berbanding pesaing lain.

Bahagian luaran bersifat progresif dengan elemen unik seperti hendal pintu elektrik tersembunyi, pintu tanpa frem dan bumbung halo apung.

Dimensi

smart #1 mempunyai dimensi panjamhm 4,270mm, lebar 1,822mm, tinggi 1,636 dan jarak roda 2,750mm. Saiz rim pula 19 inci.

Bumbung Halo 'Apung'

smart #1 menggunakan bumbung kaca panoramik besar dengan transisi lancar ke cermin depan dan ke permukaan tingkap pintu tanpa frem yang membuatkan bumbung nampak terapung.

Pintu Tanpa Frem dan Hendal Pintu Tersembunyi

Smart #1 - 4
Smart #1 - 3

Penggunaan pintu tanpa frem dengan hendal pintu tersembunyi menambah elemen rekabentuk futuristik SUV elektrik ini.

Lampu LED

Smart #1 - 13
Smart #1 - 0

Lampu depan dan belakang LED dengan signatur unik menyumbang kepada penampilan unik dan beremosi.

Pencahayaan luaran dan dalaman canggih diatur dengan unsur bunyi khas, dan strip lampu depan terbahagi kepada segitiga kecil yang berkelip mengikut irama.

Bermula dari gril bercahaya, efek cahaya akan bergerak mengikut rentak muzik di sepanjang sisi kenderaan ke difuser belakang.

Interior

Walaupun dimensi luaran padat, ruang dalaman smart #1 sebenarnya luas kerana memiliki jarak roda panjang. Ciri canggih seperti lampu ambien yang disepadu ke lantai kabin, atau ventilator udara elegan nyata menyerlahkan daya tarikan premium model smart baharu.

Salah satu sorotan rekabentuk kabin smart #1 ialah konsol tengah terapung antara kerusi depan yang bercantum dengan rekaan papan pemuka unik. Elemen kawalan pusat diletakkan pada unit infotainmen skrin sentuh tiga dimensi (3D) 12.8 inci.

Ciri Lain

Smart #1 - 14
Smart #1 - 12
Smart #1 - 10
Smart #1 - 2
  • Rekabentuk kokpit bentuk-T minimalis dengan cahaya persekitaran dwi-zon 64 warna
  • Stereng multifungsi
  • Pembesar suara Beats
  • Pengecas telefon wayarles
  • Unit infotainmen 12.8 inci
  • Panel meter LCD 9.2 inci
  • Kluster instrumen warna penuh 10 inci

BACA >>> Smart #1 Masuk Malaysia Tahun Depan!
BACA >>> Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!

Smart #1 - 14
Smart #1 - 12
Smart #1 - 4
Smart #1 - 3
Smart #1 - 5
Smart #1 - 11
Smart #1 - 10
Smart #1 - 6
Smart #1 - 7
Smart #1 - 2
Smart #1 - 13
Smart #1 - 1
Smart #1 - 0
Smart #1
Smart #1 - 9

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, Geely, Kenderaan Elektrik (EV), Mercedes-benz, Pronet, Proton, Roda4, Smart #1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev