Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Debut Lamborghini Huracan Evo, Berkuasa 640hp, Tetapi Lebih Jinak Dipandu
Auto Terkini

Debut Lamborghini Huracan Evo, Berkuasa 640hp, Tetapi Lebih Jinak Dipandu

Han OthmanBy Han Othman08/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMBORGHINI Huracan Evo melakukan debut mengejutkan atas talian sebelum menjengah bilik pameran untuk jualan tahun ini. Model ini tampil dengan teknologi prestasi mengagumkan yang diambil darpada Huracan Performante, tetapi lebih praktikal berbanding saudaranya itu yang lebih menumpulkan kepada aspek atas trek.

Supercar ini dijana enjin aspirasi natural (NA) 5.2L V10 seperti Huracan Performante yang mampu meledakkan kuasa setinggi 640hp dan tork 599Nm dengan dipadankan sistem pacuan semua roda (AWD) dan transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan. Kelajuan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum melebihi 323kmj.

BACA >>> Lamborghini Siar Imej Acah Huracan Facelift Menjelang Debut 2019

SISTEM DINAMIK OPTIMUMKAN KEMAMPUAN DI SELEKOH

Jentera V10 itu dipadukan sistem stereng roda belakang (RWS) dan pemvektoran tork empat roda yang kedua-duanya dikawal unit pemprosesan pusat baharu dipanggil Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata. Menurut Lamborghini, sistem komputer Huracan Evo akan mengawal dan mengintegrasikan setiap aspek tindakan dan sistem dinamik kenderaan, termasuk menetapkan jangkaan dan keperluan pemandu. Segalanya diinterpretasikan menjadi dinamik pemanduan yang sempurna.

Sistem Stereng Dinamik Lamborghini (LDS) baharu juga diperkenalkan, yang bekerja bersama sistem RWS untuk mengoptimumkan ketangkasan ketika membelok dalam halaju rendah, dan meningkatkan kestabilan ketika memecut laju di selekoh atau membrek mengejut.

Penampilan model ini jelas sekali mengetengahkan versi lain untuk Huracan menerusi rekabentuk depan yang mengoptimumkan faktor aerodinamik, fasia belakang terbuka gaya kereta lumba dan spoiler dicktail belakang bersepadu. Bahagian bawah kereta juga diberikan kit aerodinamik baharu yang menambah baik kecekapan aerodinamik dan dayabawah sebanyak lima kali ganda berbanding Huracan biasa.

Di dalam kabin ialah sistem infotainment skrin sentuh kapasitif HMI 8.4 inci dengan navigasi yang dipasang vertikal, radio web, pemain video, Apple Car Play dan lain-lain. Sistem telemetri dwi kamera dijadikan opsyen tambahan yang membolehkan pemandu merakamkan dan menjejak aksi mereka atas trek. Warna kemasan dalam baharu juga diperkenalkan, bersama upholsteri Alcantara dan trim karbon.

“Huracan Evo ialah definisi evolusi, ia selangkah ke depan yang mentakrifkan semula paramter segmen itu. Ia sangat mudah dipandu yang memberikan pengalaman pemanduan paling responsif, sensori dan tangkas dalam setiap suasana,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lamborghini, Stefano Domenicali.

BACA >>> Bikin Anugerah Sendiri, Jeremy Clarkson Pilih Lamborghini Huracan Performante

Lamborghini Huracan Evi akan berada di pasaran Amerika Syarikat menjelang musim bunga ini pada harga bermula AS$261,274 (RM1.07 juta). Versi Spyder konvertibel pun dijangka muncul tidak lama lagi berdasarkan beberapa foto intip prototaip itu yang disempat dirakamkan tahun lalu.

debut Lamborghini Lamborghini Huracan Lamborghini Huracan Evo Roda4 Stefano Domenicali Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jualan Geely Auto
Auto Terkini

Geely Holding Catat Jualan 938 Ribu Unit Q1 2026, Dominasi Kenderaan Elektrifikasi!

22/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

22/04/2026
Auto Terkini

Dari Litar ke Laut – Ferrari Hypersail, DNA Supercar Maranello Di Atas Air

22/04/2026
Chery Malaysia bekerjasama dengan TNG sediakan tag RFID
Auto Terkini

Chery Malaysia, TNG Jalin Kerjasama, Beli Kereta Dapat Tag RFID Terus dari Bilik Pameran

21/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.