
CYCLONE Malaysia secara rasmi memperkenalkan model cruiser terbaharu mereka, Cyclone RA600, ke pasaran tempatan bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.
Menggabungkan karakter klasik dengan sentuhan teknologi moden, Cyclone RA600 tampil sebagai jentera cruiser yang menitikberatkan kuasa, gaya dan keselesaan, sekali gus menyasarkan penunggang yang mahukan pengalaman tunggangan santai tetapi berprestasi.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM25,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.
Dua Pilihan Warna Eksklusif
Cyclone RA600 hadir dalam dua pilihan warna:
- Strong Grey (Kelabu)
- Prestige Black (Hitam)
Kedua-dua warna ini menyerlahkan identiti cruiser moden dengan rekaan badan yang kemas, garisan elegan serta postur tunggangan yang rendah dan santai.
Enjin 550.4cc Dua Silinder, Pacuan Tali Sawat

Dari segi trenkuasa, Cyclone RA600 dikuasakan enjin 550.4cc, dua silinder, empat lejang, lapan injap DOHC dengan sistem penyejukan cecair.
Spesifikasi utama enjin:
- Kuasa maksimum: 43.5kW pada 8,500rpm
- Tork maksimum: 55Nm pada 6,500rpm
- Nisbah mampatan: 11:1
- Sistem bahan api: EFI BOSCH
- Pencucuhan: ECU
- Transmisi: 6 kelajuan
- Pacuan akhir: Tali sawat
- Sistem penghidup: Elektrik
Gabungan ini menawarkan pecutan lancar, tindak balas pendikit yang halus serta tunggangan selesa untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.
Suspensi Seimbang, Brek ABS Dwi-Saluran
Untuk kestabilan dan keselesaan, Cyclone RA600 menggunakan:
- Fork teleskopik di hadapan
- Penyerap hentak monoshock di belakang
Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal di hadapan dan belakang, disokong ABS dua saluran bagi kawalan membrek lebih selamat dalam pelbagai situasi tunggangan.
Ciri Moden Lengkap untuk Cruiser Premium

Walaupun berpenampilan klasik, Cyclone RA600 dilengkapi pelbagai ciri moden, antaranya:
- Paparan meter TFT
- Lampu LED penuh termasuk DRL
- Traction Control System (TCS) boleh dihidupkan atau dimatikan
- Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
- Port pengecasan USB Type-A
- Suis keselamatan tongkat sisi
- Penyandar tempat duduk belakang
- Ekzos berkembar kiri dan kanan
Kesemua ciri ini menambah nilai praktikal serta keselamatan kepada sebuah cruiser moden.
Sambungan Bluetooth dan Aplikasi Pintar
Cyclone RA600 turut dilengkapi sambungan Bluetooth yang menyokong aplikasi pihak ketiga Carbit Ride, membolehkan:
- Navigasi
- Paparan skrin
- Notifikasi panggilan terus ke meter
Model ini menggunakan sistem kunci mekanikal dan serasi dengan peranti Android serta iPhone.
Dimensi, Tayar dan Ergonomik
Cyclone RA600 menggunakan tayar CST:
- Hadapan: 130/90-16 M/C
- Belakang: 150/80-16 M/C
Dimensi dan berat:
- Panjang: 2,190mm
- Lebar: 855mm
- Tinggi: 1,115mm
- Jarak roda: 1,510mm
- Ketinggian tempat duduk: 725mm
- Jarak ke tanah: 150mm
- Berat keseluruhan: 198kg
Reka bentuk ergonomik kerusi dua tingkat (dual seat) serta tangki bahan api 14.5 liter memastikan keselesaan optimum untuk penunggang dan pembonceng.
Jaminan Dua Tahun, Perbatuan Tanpa Had
Setiap pembelian Cyclone RA600 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun tanpa had perbatuan, selain akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian menerusi platform perkhidmatan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd..

























