Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Benarkah Roti Putih Gardenia Habis Stok Sebab Kilang Tutup?
Auto Terkini

Covid-19: Benarkah Roti Putih Gardenia Habis Stok Sebab Kilang Tutup?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMALAM tular mengenai berita roti putih Gardenia kehabisan stok di pasaran kononnya kilang ditutup gara-gara penularan wabak Covid-19, dan diburukkan pula dengan situasi pembelian panik musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Benarkah?

Tinjauan penulis yang beberapa kali ke pasar raya dan kedai runcit memang rasa macam benar saja berita tersebut, memang tidak kelihatan roti putih Gardenia yang biasanya diletakkan ata rak-rak roti. Pilihan yang ada cuma bungkusan pek hijau, iaitu Gardenia Wholemeal, itupun kalau ke Pasar Raya Tesco di Ampang, Selangor.

BACA >>> Covid-19: KLIA Wajibkan Periksa Suhu Badan Sebelum Berlepas, Mesti Bawah 37.5ºC

Ya, memang benar berita tular tersebut. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menerusi komen balas (semalam) dalam satu status Facebook rasmi tampil menjelaskan situasi berkenaan;

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

“Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami mengenai situasi kehabisan stok produk Gardenia di kedai-kedai. Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksima. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali. Sekian.”

MASIH BEROPERASI MACAM BIASA

Bagaimanapun, status terkini Gardenia mengesahkan syarikat itu kekal beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP, termasuk penghasilan roti dan pengedaran ke tempat jualan. Syarikat itu juga meminta pelanggan membeli mengikut keperluan biasa dan harian.

Bonanza
Original Classic
Wholemeal

Roti adalah antara pilihan sumber makanan orang ramai sepanjang penguatkuasaan PKP yang bertujuan mencegah penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Ramai warga maya meluahkan kesukaran mencari bekalan roti putih Gardenia, sama ada Gardenia Original Classic, Classic Jumbo apatah lagi pek jimat belanja Bonanza White (Big Value).

Faktanya, kekurangan bekalan bukan disebabkan kilang roti Gardenia ditutup gara-gara PKP, atau pekerja tidak bekerja atau ada gangguan rantaian bekalan, tetapi disebabkan permintaan tinggi kerana pengguna membeli melebihi keperluan harian.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Covid-19 Buat Banyak Kilang Automotif Tutup Operasi?

SUMBER: FacebookGardeniaKL

 

Auto Terkini Gardenia Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP Roti Gardenia Habis Stok Roti Putih Gardenia tular
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.