Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»China Perketat Peraturan Bateri EV Mula 2026
Auto Terkini

China Perketat Peraturan Bateri EV Mula 2026

SyafieBy Syafie17/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHINA bakal memperkenalkan peraturan baharu dan lebih ketat terhadap keselamatan bateri kenderaan elektrik (EV) dan hibrid plug-in (PHEV) bermula Julai 2026.

Langkah itu diambil bagi menangani risiko kebakaran dan letupan, sejajar pertumbuhan pesat sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) negara itu.

Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China mengumumkan piawaian teknikal baharu yang mewajibkan ujian lebih ketat, termasuk memastikan bateri tidak terbakar atau meletup dalam tempoh tertentu ketika ujian.

Standard baharu itu menggantikan versi lama dari 2020 yang hanya mensyaratkan pemberitahuan lima minit sebelum kebakaran berlaku.

Selain ujian tahan api, peraturan baharu turut memperkenalkan ujian perlanggaran dan daya tahan terhadap pengecasan pantas. Langkah berkenaan mensasarkan keselamatan menyeluruh kepada pengguna dan harta benda sekeliling, terutama bagi menangani fenomena ‘pelarian haba’ (thermal runaway) yang menjadi punca utama kebakaran bateri EV.

Jualan NEV di China kini melebihi kenderaan petrol sejak tahun lalu, jauh mengatasi sasaran awal pemerintah Republik itu. Namun, insiden tular melibatkan kebakaran EV seperti kes SUV Xiaomi SU7 yang terbakar dalam satu kemalangan Mac lalu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan sistem pemanduan pintar dan EV secara umum.

Justeru media China menyeru pengeluar supaya tidak membesar-besarkan keupayaan pemanduan autonomi. Peraturan baharu tersebut dijangka memberi tekanan kepada pengeluar untuk lebih telus dan bertanggungjawab, sekali gus memperkukuh keyakinan pengguna terhadap masa depan mobiliti elektrik negara itu.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini China Kenderaan Elektrik (EV) Peraturan Bateri EV
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.