Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Chevrolet Bikin LEGO Batmobile Saiz Sebenar, Siap Spesifikasi Penuh
Autotainment

Chevrolet Bikin LEGO Batmobile Saiz Sebenar, Siap Spesifikasi Penuh

Han OthmanBy Han Othman22/01/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

lego-batmobile-bg
ANDA tentu sudah menonton pelbagai trailer lucu, The LEGO Batman Movie yang dihasilkan Warner Animation Group, iaitu bahagian animasi di bawah syarikat penerbit Hollywood terkenal, Warner Bros. Filem animasi 3D komedi-aksi itu dijadualkan ditayangkan pada 10 Februari ini.

Tidak cukup dengan itu, bagi memeriahkan lagi filem animasi tersebut, LEGO menjalinkan kerjasama dengan pengeluar automobil, Chevrolet untuk menghasilkan LEGO Batmobile ke dunia nyata yang dibina daripada 344,187 bongkah plastik ABS (akrilonitril-butadiena stirene). Ya, sama seperti material permainan LEGO sebenar!

LEGO Batmobile ditayangkan kepada umum pada 14 Januari lalu dengan dihadiri kanak-kanak dari komuniti Cody Rouge di Detroit sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017. Kereta rasmi Batman itu tampil dengan panjang – 5.2 meter, tinggi – 2.1 meter dan lebar – 2.8 meter. Set tayar yang dipasang adalah seberat lebih 45kg, manakala berat frem dalaman aluminium ialah 128kg, menjadikan berat keseluruhan kenderaan, 769kg.

lego-batmobile-naias-2017

BATMOBILE DENGAN FITUR MODEN

Lebih menarik, spesifikasi LEGO Batmobile turut dimuatkan dengan terperinci dalam laman web Chevrolet membabitkan foto pandangan setiap sudut dan ciri-ciri terkini seperti mana kereta moden masa kini.

Antaranya ialah teknologi konektiviti terbaru Chevrolet seperti ciri panggilan bebas tangan, integrasi telefon menerusi Apple CarPlay dan Android Auto, dan sambungan WiFi 4G LTE terbina dalam yang pastinya memudahkan kerja Batman sepanjang melakukan tugasnya sebagai seorang adiwira.

Turut disediakan LEGO Batmobile ialah Teknologi Pemandu Remaja (Teen Driver Technology) yang direka untuk membantu pemandu baru (seperti Robin) daripada ciri menutup suara audio hingga mengancing tali pinggang keledar, termasuk ciri keselamatan termaju lain seperti Amaran Nerda Automatik, Penukaran Batwing Sisi, dan Kamera Pandangan Sinar-X. Sistem dalam kereta juga akan mengeluarkan laporan khas untuk mengenal pasti masalah pemandu baru.

Bukan saja mempunyai kekuatan badan kereta tegangan tinggi, tetapi turut memiliki panel sisi kalis pelancar dan kaca kalis peluru serta dibekalkan Sistem Respon Perlanggaran Automatik.

Dari segi nadi utama, LEGO Batmobile dijana enjin 60.2L V100 Power menggunakan bahan api roket yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 20,000hp dan tork 10,100Nm pada 9,000rpm (gila!) selain memiliki kuasa tunda seberat 54,431kg! Bayangkan LEGO Batmobile sedang menunda lebih 50 lori 1 tan di belakangnya! Hebat bukan?

13 PILIHAN WARNA HITAM!

Lebih lucu, laman web Chevrolet itu turut membandingkan LEGO Batmobile dengan kenderaan seteru Batma seperti The Riddler Racer yang dipandu Riddler dan Notorious Lowrider (Joker). Sudah tentulah kereta Batman paling superior. Sudah nama pun adiwira!

Paling lucu ialah perincian ciri keselamatan, di mana LEGO Batmobile memiliki 52 ciri keselamatan aktif. Sebaliknya kereta Joker cuma ada satu iaitu brek, manakala kereta The Riddler ada tiga (tidak dimaklumkan. Mungkin beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci-ABS dan Bantuan Brek-BA).

Warna pula didatangkan dengan 13 jenis pilihan  yang semuanya berwarna hitam, iaitu Hitam, Hitam Jet, Hitam Gagak, Hitam Malam, Hitam Karbon, Hitam Bayang, Hitam Oniks, Hitam Obsidian, Hitam Arang, Hitam Super, Hitam Noir, Hitam Vanta dan Hitam Asap! 😛lego-batmobile-safety
Harga LEGO Batmobile bernilai AS$48,000,000 (RM213 juta), siap dengan waranti lima tahun dan 100,000km perbatuan.Waranti kereta Joker pula sudahterbatal, manakala kereta The Riddler tidak diketahui tempoh waranti dan jumlah perbatuan.

AMBIL MASA LAMA

Proses rekabentuk kenderaan itu dikatakan mengambil masa 222 jam (9 hari, 6 jam), manakala pembinaan memakan masa 1,833 jam (76 hari, 9 jam)!

Menghasilkan LEGO Batmobile dengan Warner Bros adalah sesuatu yang begitu mencabar bagi kami di Chevy (Chevrolet). Banyak tema dalam LEGO Batman Movie seperti imaginasi, famili dan komuniti diadunkan sempurna dengan nilai jenama Chevy kami, selain menambah nilai bagi perkongsian ini.” – Timbalan Presiden Pemasaran Chevrolet Amerika Syarikat, Paul Edwards

Mari kita lihat apa kata figura mini lain tentang LEGO Batmobile. Apapun ingat, semua spesifikasi tersebut ialah fiksi semata-mata dan LEGO Batmobile tidak dijual di mana-mana bilik pameran Chevrolet.

PANDANGAN 3 SUDUT

GALERI

SUMBER: Fox News

autotainment Batman Chevrolet LEGO Batmobile Roda4 The LEGO Batman Movie Warner Bros
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.