CFMOTO Malaysia akan memperkenalkan satu lagi model motosikal baharu iaitu CFMOTO 500SR VOOM ke pasaran tempatan seawal minggu ketiga Oktober ini.
Sportbike retro kelas separuh liter itu dijangka memasuki rangkaian pengedar rasmi CFMOTO Malaysia bermula Januari 2025. Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi mengenai anggaran harganya.
Di pasaran global, laporan berhubung ketibaan CFMOTO 500SR VOOM sudah diketahui sejak pertengahan Mei lalu dengan dua warna pilihan iaitu Nebula White dan Zephyr Blue.
Berikut ialah perinciannya:
- Trenkuasa 4-silinder sebaris 499cc DOHC dengan sejukan cecair dan suntikan bahan api, berkuasa 77.8hp pada 12,500rpm dan tork 49Nm @ 10,000rpm.
- Transmisi rasmi belum didedahkan tetapi dipercayai manual 6-kelajuan dengan klac slipper serta ada padanan teknologi QuickShifter sehala.
- Menggunakan teknologi Ram-Air dengan penggunaan dua bolong berbentuk bulat untuk kemasukan udra dari arah depan fairing.
- Dimensi panjang 2,010mm, lebar 730mm, tinggi 1,115mm. Jarak roda 1,395mm dan jarak bumi 140mm.
- Opsyen ketinggian pelana ada tiga pilihan iaitu 795mm, 785mm dan 815mm.
- Kapasiti tangki minyak 15.5 liter manakala berat kasar 194kg.
- Fork depan jenis terbalik (USD) 41mm dan sistem monoshock di belakang, kedua-dua suspensi boleh laras.
- Brek cakera berkembar 300mm dengan kaliper radial 4-piston (depan), cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal.
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan dua mod Kawalan Cengkaman (TCS).
- Instrumen meter 5 inci TFT berwarna jenis melengkung dengan sokongan paparan navigasi asas dan peringatan syif gear.
- Ada soket pengecas Type C dan Type A.
Leave a Reply