BYD Malaysia bakal membawa masuk kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik, BYD M6 untuk pasaran Malaysia pada 15 Oktober nanti.
Perkara itu telah diumumkan secara rasmi menerusi postingan dalam Facebook BYD Cars Malaysia, sekaligus meluaskan lagi pilihan kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran tempatan bagi jenama ini. Berikut antara model BYD yang ada di Malaysia:
- BYD Atto 3 (SUV)
- BYD Dolphin (hatchback)
- BYD Seal (sedan)
Di Indonesia, MPV ini telah dilancarkan pada July 2024 dengan menawarkan tiga pilihan varian iaitu Standard 7-kerusi, Superior 7-kerusi, dan Superior Captain 6-kerusi dengan harga bermula RM109,200 sehingga RM123,610.
Berikut spesifikasi BYD M6 Superior Captain 6-kerusi yang dipamerkan di GIIAS 2024:
- Dimensi panjang 4,710mm, lebar 1,810mm, dan tinggi 1,690mm, manakala jarak roda 2,800mm.
- Dikuasakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 71.8kWj yang mampu bergerak sejauh 530km.
- Mampu menghasilkan output kuasa 161hp dan 310Nm dengan kelajuan maksimum 180kmj.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 8.6 saat.
- Dibekalkan pengecas AC 7kW dan DC 115kW.
- Tempoh mengecas 10-80 peratus menggunakan pengecas DC mengambil masa 40 minit.
- Rim aloi jejari-Y 17 inci dengan tayar GitiControl P10 225/55
- Unit infotainment skrin sentuh 12.8 inci dengan konektiviti telefon pintar Apple Carplay dan Android Auto.
- Kerusi depan boleh laras dengan ciri sistem ventilasi.
- Bumbung suria panoramik.
- Sistem audio dengan enam pembesar suara.
- Vehicle to Load (V2L).
- Sistem kamera 360º
- Sistem penghidup tekan-mula (push-start).
- Dilengkapi enam beg udara.
- Kerusi kapten di tempat duduk baris kedua.
- Kapasiti but 180 liter hingga 580 liter.
Sementara itu, BYD juga bakal mempamerkan MPY baharu ini secara umum pada 18 hingga 20 Oktober nanti bertempat di Dataran Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan termasuk menjadi orang terawal yang memandu uji BYD M6.
BYD M6 Superior Captain 6-kerusi
Leave a Reply