Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16
Roda4

Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam03/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 

JENAMA kereta, Bugatti memperkenalkan satu lagi karya luar biasa menerusi Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’, sebuah roadster hiper eksklusif yang menjadi penutup sempurna kepada era enjin legenda W16 jenama Perancis itu.

Dibangunkan menerusi program Sur Mesure, model itu bukan sekadar kereta hiper prestasi tinggi, tetapi karya seni automotif yang dibina mengikut cita rasa peribadi pemiliknya.

Nama ‘Caroline’ sendiri dipilih sebagai tribut kepada anak perempuan pelanggan setia Bugatti tersebut, sekali gus menjadikan model tersebut sarat nilai sentimental dan identiti tersendiri.

Ilham Bunga, Haute Couture

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 

Tidak seperti projek tempahan biasa, Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ diilhamkan daripada keindahan bunga, dunia Haute Couture, dan keanggunan warna mewah.

Pasukan Color & Material Finish Bugatti yng diketuai Sabine Consolini mengambil ilham daripada ladang lavender di Provence, taman Paris eksklusif dan tekstur fabrik fesyen mewah.

Hasilnya ialah warna khas ungu lembut, lavender, yang berubah mengikut cahaya, antara violet kebiruan dan kemerahan untuk efek visual yang sangat elegan pada bentuk badan roadster berkenaan.

Gentian Karbon Violet, Perincian Lukisan Tangan

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 

Bahagian bawah badan kereta menggunakan kemasan tenunan dedah Violet Carbon untuk kontras dramatik dengan warna badan utama.

Paling mencuri perhatian adalah bahagian spoiler belakang boleh retrak yang dijadikan kanvas lukisan tangan motif bunga lilac dan iris.

Di tengah komposisi itu, nama ‘Caroline’ diabadikan dalam gaya tipografi khas Bugatti, menjadikan keseluruhan model itu lebih peribadi dan eksklusif.

Kabin Mewah, Sulaman Floral Premium

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 

Menjengah ruang kabin, tema floral diteruskan dengan kombinasi kulit Blanc dan Minuit,
bersama aksen violet dan panel karbon. Bahagian perehat kepala menerima sulaman bunga yang dibuat secara manual menggunakan ribuan benang, manakala panel pintu menampilkan corak kelopak bunga seakan ditiup angin.

Di bahagian selektor gear, ikon gajah menari (dancing elephant) rekaan Rembrandt Bugatti ditempatkan dalam kaca warna violet, menghubungkan warisan seni jenama dengan sentuhan moden.

Penutup Era W16 Ikonik

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 

Bugatti W16 Mistral  ialah model terakhir Bugatti menggunakan enjin legenda kuad turbo 8.0 W16, sekaligus menandakan berakhir era penting dalam sejarah kereta hiper moden.

Sebagai model bumbung terbuka (open-top) paling ekstrem Bugatti, Bugatti W16 Mistral menggabungkan prestasi luar biasa dengan tahap kemasan artisan yang sukar ditandingi.

Sur Mesure Tahap Tertinggi

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 

Pengarah Urusan Bugatti, Hendrik Malinowski berkata, projek seperti ini menggambarkan tahap tertinggi falsafah Sur Mesure, yang mana setiap elemen dibentuk mengikut kehendak pelanggan.

Beliau menyifatkan Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’  sebagai gabungan sempurna antara warisan Bugatti, inovasi teknologi dan ekspresi peribadi pemilik.

Secara ringkas, itu bukan sekadar sebuah Bugatti, tetapi masterpiece automotif yang menutup tirai era W16 dengan penuh gaya.

SUMBER: Bugatti

Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
Bugatti Bugatti W16 Mistral Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ Enjin W16 Hendrik Malinowski Hyper Car hypercar Kereta Hiper Pengarah Urusan Bugatti program Sur Mesure Roadster Hiper
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    03/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota bZ4X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM220,000!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.