Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR motosikal, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. terus mengukuhkan barisan motosikal cruiser mereka dengan memperkenalkan pilihan warna baharu Matte Gun Powder Black Metallic untuk model Honda Rebel.

Warna baharu ini menyerlahkan lagi karakter cruiser yang berani pada Rebel, sambil mengekalkan identiti rekaan minimalis serta siluet rendah yang menjadi tanda pengenalannya.

Enjin Parallel Twin 471cc

Honda Rebel dikuasakan enjin parallel twin 471cc penyejukan cecair yang menghasilkan 43Nm tork pada 6,500rpm dan kuasa maksimum 34kW pada 8,500rpm.

Enjin tersebut dipadankan dengan sistem suntikan bahan api Programmed Fuel Injection (PGM-FI) yang menawarkan penghantaran kuasa lebih lancar, respons pendikit lebih baik serta kecekapan bahan api yang lebih tinggi dengan tahap emisi rendah.

Rekaan Klasik Dengan Sentuhan Moden

Antara elemen rekaan utama Rebel ialah tempat duduk rendah setinggi 690mm serta tangki bahan api berkapasiti 11.2 liter yang melengkapkan penampilan cruiser yang ringkas tetapi berotot. Bahagian depan pula menampilkan lampu utama LED bulat ikonik dengan lensa kompak dan pemasangan aluminium die-cast.

Gabungan elemen tersebut mengekalkan gaya klasik Rebel sambil meningkatkan tahap pencahayaan pada waktu malam untuk keyakinan tunggangan yang lebih baik.

Tunggangan Lebih Yakin

Honda Rebel turut dilengkapi klac Assist & Slipper yang mengurangkan daya pada tuil klac selain membantu kawalan ketika penukaran gear menurun secara agresif. Sistem brek ABS dua saluran turut disediakan bagi meningkatkan keselamatan dan keyakinan penunggang.

Paparan Digital Ringkas

Bahagian kokpit menggunakan meter kelajuan berdiameter 100mm dengan paparan LCD negatif bersama lampu latar putih. Paparan digital ini memudahkan penunggang melihat maklumat penting seperti kelajuan, indikator posisi gear serta penggunaan bahan api.

Harga dan Ketersediaan

Honda Rebel dengan warna Matte Gun Powder Black Metallic akan mula ditawarkan di semua pengedar Honda BigWing bermula hujung Mac pada harga cadangan RM33,899. Harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu). Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Honda BigBike Malaysia atau mengunjungi pengedar Honda BigWing terdekat.

Boon Siew Honda Honda Rebel honda rebel Matte Gun Powder Black Metallic Motosikal Cruiser Warna baharu honda rebel
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.