Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

SyafieBy Syafie11/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BRIXTON Motorcycles Malaysia secara rasmi memperkenalkan model pengembaraan terbaharu, Brixton Storr 500, ke pasaran tempatan bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Digelar sebagai ‘Sang Belalang Besi’, Brixton Storr 500 tampil sebagai simbol pengembaraan dan ketabahan, dengan gabungan rekaan retro dan keupayaan moden untuk penjelajahan jarak jauh.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM29,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.

Tiga Pilihan Warna, Siap Dengan Kotak Simpanan

Brixton Storr 500 ditawarkan dalam tiga pilihan warna:

  • Hitam
  • Hijau
  • Kuning

Ia turut dilengkapi tiga unit kotak simpanan (satu di bahagian atas dan dua di sisi), menjadikannya sesuai untuk kegunaan pengembaraan lasak dan perjalanan jarak jauh.

Enjin 486cc Dua Silinder, Kuasa Seimbang untuk Pengembaraan

Dari segi trenkuasa, Brixton Storr 500 dikuasakan enjin dua silinder sebaris, empat lejang, lapan injap dengan sesaran 486cc, sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api EFI BOSCH.

Spesifikasi enjin:

  • Kuasa maksimum: 35.0kW pada 8,500rpm
  • Tork maksimum: 43Nm pada 6,750rpm
  • Nisbah mampatan: 10.7:1
  • Transmisi: 6-kelajuan
  • Klac: Basah berbilang plat
  • Sistem pacuan: Rantai
  • Kapasiti tangki bahan api: 16 liter

Sistem pencucuhan menggunakan ECU dengan penghidup elektrik dan pendikit mekanikal.

Suspensi KYB, Fokus Keseimbangan dan Kawalan

Aspek pengendalian diperkukuh dengan penggunaan komponen KYB:

  • Fork terbalik hadapan dengan pelarasan redaman
  • Penyerap hentak tengah belakang hidraulik dengan pelarasan pra-beban

Jarak pergerakan suspensi:

  • Hadapan: 180mm
  • Belakang: 71mm

Tetapan ini menawarkan keseimbangan antara keselesaan tunggangan dan kawalan di pelbagai permukaan jalan.

Brek, ABS dan TCS Boleh Laras

Sistem brek menggunakan cakera tunggal di hadapan dan belakang:

  • Hadapan: 320mm
  • Belakang: 240mm

Model ini dilengkapi ABS dwi-saluran boleh dinyahaktifkan serta Traction Control System (TCS) boleh laras, dengan empat mod tetapan:

  1. TCS Aktif, ABS Aktif
  2. TCS Tidak Aktif, ABS Aktif
  3. TCS Aktif, ABS Tidak Aktif
  4. TCS Tidak Aktif, ABS Tidak Aktif

Dimensi, Tayar dan Berat

Brixton Storr 500 menggunakan tayar Pirelli:

  • Hadapan: 110/80-19
  • Belakang: 150/60-17

Dimensi dan berat:

  • Panjang: 2,171mm
  • Lebar: 916mm
  • Tinggi: 1,432mm
  • Jarak roda: 1,441mm
  • Ketinggian tempat duduk: 830mm
  • Kelegaan tanah: 200mm
  • Berat tanpa muatan: 209kg
  • Kapasiti beban maksimum: 359kg

Sistem pelinciran menggunakan percikan bertekanan.

Ciri Moden dan Kesalinghubungan Pintar

Dari segi teknologi, Brixton Storr 500 hadir dengan:

  • Paparan meter TFT 7 inci
  • Port pengecasan USB Type-A
  • Lampu LED penuh termasuk spotlight LED
  • Sistem kunci mekanikal
  • Suis keselamatan tongkat sisi
  • Pelindung angin
  • Bateri 12V 8Ah jenis Gel

Untuk sambungan pintar, motosikal ini menyokong Bluetooth yang membolehkan:

  • Notifikasi panggilan masuk
  • Fungsi panggilan suara
  • Paparan pencerminan
  • Keserasian aplikasi Carbit Ride

Jaminan Dua Tahun, Perbatuan Tanpa Had

Setiap pembelian Brixton Storr 500 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun tanpa had perbatuan, selain akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian menerusi platform perkhidmatan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd..

Auto Terkini Brixton Motorcycles Malaysia Brixton Storr 500 Mforce Bike Holdings Sdn Bhd
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda2

WMOTO Island 150, WMOTO Hawk 200i Rasmi Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM6,688, RM7,888

11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026
MotoGP

#MotoGP2026 Toprak Razgatlioglu Akui ‘Marah’, Sukar Sesuaikan Diri Di Ujian MotoGP Sepang

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.