BOSAN kena berkurung dalam rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Apa kata anda cuba buat kraftangan model Toyota GT86 yang boleh dipilih dalam pelbagai seragam.

Enam seragam berbeza itu asalnya dihasilkan model GT86 yang ditayangkan pada acara Goodwood Festival of Speed 2015 sempena ulang tahun ke-50 syarikat itu di Britain. Semua model itu dikatakan mendapat reaksi positif pengunjung.

BACA >>> Toyota GT86 dengan Aneka Grafik Retro, Imbau Era Gemilang Sukan Permotoran

Disebabkan permintaan melebihi penawaran, Toyota UK kini membuka peluang kepada peminat GT86 untuk memiliki model itu, tetapi bukanlah model sebenar, cuma replika kertas yang perlu dipasang sendiri. Bagaimanakah caranya?

Mudah saja, anda hanya perlukan mesin cetak, gam dan gunting. Kemudian, sila muat turun fail PDF resolusi tinggi model-GT86 pilihan seperti di bawah ini:

Lebih elok kalau dokumen PDF itu dicetak pada kertas A3 jenis keras untuk mendapatkan saiz lebih besar. Selepas itu, gunakan gunting untuk asingkan tiga bahagian utama (bumbung dan panel sisi kira-kanan). Berhati-hati untuk tidak terpotong tab putih kecil dengan titik.

BACA >>> Datang Jerman dan Beli Toyota GT86 & Tiger! Ada 30 Unit Sahaja

SUMBER: Toyota.co.uk

Leave A Reply

Exit mobile version