Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW Motorrad Lancar Motosikal EV untuk Anak Muda, BMW CE 02 (2023), Harga RM34k!
Roda2

BMW Motorrad Lancar Motosikal EV untuk Anak Muda, BMW CE 02 (2023), Harga RM34k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize14/07/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad melancarkan skuter elektrk baharu untuk pasaran global, BMW CE 02 (2023) yang mensasarkan penunggang muda, 7 Julai lalu pada harga AS$7,599 (RM34,410).

Pengeluar itu mendakwa BMW CE 02 (2023) bukan e-skuter, atau motosikal elektrik, tetapi digelar ‘eParkourer’ yang dicipta khas untuk persekitaran bandar. Berikut perincian skuter elektrik ringan tersebut:

Prestasi

Motor elektrik BMW CE 02 (2023) menghasilkan output kuasa 15hp, dan tork 15Nm. Ada juga varian dihadkan kepada 5hp untuk penunggang remaja 15 tahun di Eropah yang memegang lesen AM.

Kelajuan maksimum 95kmj, manakala varian pemegang lesen AM ialah 45kmj. Dengan bateri berkapasiti 3.92kWh, motosikal elektrik ini itu mempunyai jarak maksimum 56 batu (90km) sekali cas.

Casis, Rekabentuk

Menggunakan casis keluli bentuk ‘double-loop’ dengan suspensi fork terbalik (USD) di depan dengan redaman hidraulik, dan swingarm tunggal dan absorber boleh laras prabeban.

Menggunakan rim aloi 14 inci dengan sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang serta turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan. Teknologi LED pada lampu depan dan lampu belakang. Tinggi pelana 750mm, dan berat kerb 132kg.

Mod Pemanduan, Ciri Lain

Mendapat dua mod tunggang standard , Flow dan Surf, manakala varian lebih tinggi diberikan mod Flash.

Mod Flow ialah mod trafik henti-henti bandar, manakala mod Surf digunakan untuk tunggangan luar bandar. Mod Flash pula lebih bercirikan sporty dan dinamik.

BMW CE 02 (2023) standard didatangkan dengan pengecas 0.9kW yang boleh mengecas 20-80 peratus dalam masa kurang tiga jam menggunakan soket rumah standard.

Varian tertinggi menawarkan pengecas pantas 1.5kW  yang boleh mempercepat masa mengecas kepada kira-kira 1 jam 40 minit.

  • Penghidup tanpa kunci (keyless)
  • Port USB Type-C
  • Panel meter TFT digital

Harga, Bila di Pasaran?

Harga dan kehadiran BMW CE 02 (2023) berbeza mengikut kawasan. Di Amerika Syarikat (AS), hanya versi 15hp dijual, dengan model asas bermula AS$7,599 (RM34,410).

Bagi pakej Highline, motosikal EV ini mendapat tambahan fork depan warna emas, warna Cosmic Black 2, pelana tiga warna, pita rim, pemegang hendal berhaba dan konektiviti tambahan ke telefon pintar dengan tambahan AS$875 (RM3,960). Ini menjadikan harga keseluruhan AS$9,069 (RM41,080).

Buat masa ini, skuter ini masih belum berada di pasaran Malaysia.

BACA >>> BMW G 310 GS, G 310 R (2024) dalam Seragam Merah-Hitam di India, Bakal Lancar Bulan Ini
BACA >>> BMW 328 Roadster (1938) Pecah Rekod Kereta Klasik, Dibida Harga RM2.07j!

BMW CE 02 (2023) BMW Motorrad elektrik EV Global Kenderaan Elektrik (EV) motosikal elektrik motosikal EV skuter
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

04/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

03/02/2026
Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

By Syafie29/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.