Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Kereta»#BikinKereta: Honda Civic FD2 Type R Kuning Spoon
Bikin Kereta

#BikinKereta: Honda Civic FD2 Type R Kuning Spoon

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA kata wanita tidak pandai bawa kereta manual? Siapa kata juga kaki modify cuma minat kaum adam saja? Paparan kali ini kami mengetengahkan model Honda Civic FC2 Type R milik Diya Soffy yang katanya mula terjebak dalam hobi ini melalui suaminya.

Honda FD2 Type R yang digunakan untuk urusan seharian itu tidak dibiarkan standard. Bahagian nadi K20A dipasang dengan beberapa peralatan seperti termostat Spoon, rel minyak Golden Eagle, penapis udara FD2R GroupM, cam pulley Toda, radiator Koyorad serta pelindung ECU, penutup kotak fius dan radiator gentian karbon.

BACA >>> #BikinKereta: Honda Civic EK3 yang Kupinang dan Kutimang

Tidak ketinggalan turut terlihat palam pencucuh kuning Spoon bersama penutup radiator, minyak dan peredam yang juga daripada Spoon. Gas karbon dari dalam enjin ditolak keluar melalui header Toda yang diikat bersama sistem paip ekzos J’s Racing.

Kuasa enjin disalurkan ke roda menerusi kotak gear dengan klac OS Giken Master. Unit ECU Hondata Flashpro pula menguruskan keseluruhan sistem enjin supaya dapat ditala dan dapat berfungsi lebih teratur. Keselesaan pemanduan seharian dibantu sistem absorber boleh laras Öhlins.

Selain itu, sedan itu turut dipasangkan kamber boleh laras Hardrace di belakang. Kuasa hentikan iserahkan kepada kaliper brek, Brembo 6-pot yang dipasangkan kemas di belakang.

KEKALKAN KEASLIAN

Masuk ke kabin, tiada perubahan drastik dilakukan. Hanya terlihat beberapa perkakasan tambahan seperti cermin Spoon, tombol gear J’s racing dan deretan meter Defi Advance CR Na (suhu air, minyak, tekanan minyak, Defi advance ZD). Supaya kelihatan menarik di jalan raya, Diya memilih beberapa aksesori kit badan.

BACA >>> Pecah Rekod Lagi, Honda Civic Type R Catat Masa Terpantas di Spa-Francorchamps!

Begitu setia dengan jenama Spoon, segala komponen aksesori aftermarket itu boleh dilihat pada bampar depan, bonet gentian karbon, cermin sisi, but belakang gentian karbon dan juga spoiler GT Wing. Fender sisi diuat khas daripada bahan gentian karbon, khusus untuk jentera ini.

Melengkapkan penampilan ialah rim 18 inci TC105N dengan balutan tayar Bridgestone Potenza RE71R. Akhir sekali, warna dan dekal luar direka sama seperti Spoon sebenar.

SPESIFIKASI

HONDA CIVIC FD2 TYPE R

MODIFIKASI ENJIN: Termostat Spoon, rel minyak Golden Eagle, penapis udara FD2R GroupM, cam pulley Toda, radiator Koyorad, gentian karbon (ECU, penutup kotak fius, penutup radiator), Spoon yellow head cover (original), Spoon yellow kevlar penutup palam pencucuh, penutup radiator Spoon, penutup minyak Spoon, damper Spoon, header toda, sistem paip J’s Racing
TRANSMISI: Klac OS Giken Street Master
SUSPENSI: Ohlins boleh laras/coilover,  chamber boleh laras belakang Hardrace
SISTEM BREK: Brembo 6-pot
DALAMAN: Stereng FD2R, kerusi FD2R, cermin Spoon, tombol gear Js racing, Defi Advance CR pakej Na, suhu, air, suhu minyak, tekanan minyak Defi advance ZD
LUARAN: Bampar depan Spoon, hud gentian karbon Spoon, cermin sisi Spoon, bonet belakang Spoon gentian karbon, spoiler Spoon GT, fender gentian karbon
RODA & TAYAR: TC105N 18-inci 8.5jj 45et, tayar Bridgestone Potenza RE71R

Teks: Faizal Shift
Foto: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
bikinkereta Honda Honda Civic Honda Civic FD2 Honda Civic FD2 Type R Honda Malaysia Modifikasi
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Kereta

#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!

17/01/2026
Roda2

Honda UC3, skuter EV 122km Kini di Thailand dan Vietnam, sekitar RM17 ribu!

15/01/2026
Roda4

Honda Civic Type R HRC Concept dan Prelude HRC Concept di Tokyo, Turut Perkenal Trail Line Untuk Off-Road Line

09/01/2026
Honda CB750 Hornet E-Clutch 2026 | AS
Roda2

Honda CB750 Hornet E-Clutch 2026 Lancar untuk Pasaran AS, Harga RM32.5k

08/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.