• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #BikinAuto: Gaijin Dari Shibuya Garage Wakili Brazil Juara Triumph Originals 2025

#BikinAuto: Gaijin Dari Shibuya Garage Wakili Brazil Juara Triumph Originals 2025

August 24, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

TRIUMPH Motorcycles mengumumkan pasukan Brazil sebagai pemenang Pertandingan Triumph Originals 2025, sebuah acara kustom antarabangsa untuk siri motosikal Triumph Bonneville.

Kemenangan ini diraih jentera yang dinamakan Gaijin, sebuah café racer yang dibina berasaskan model Speed Twin 1200.

Motosikal Gaijin, hasil karya Teydi Deguchi dari Shibuya Garage di São Paulo, memukau juri dan orang awam dengan rekaan yang unik dan binaan yang teliti.

Ciri-ciri istimewa pada motosikal ini termasuk rekaan lekukan (scallop) yang halus pada badan, garisan tajam pada tangki dan bahagian belakang yang diubah suai untuk memberikan ilusi kelajuan.

Anugerah Mark of Excellence

Selain memenangi tempat pertama, Brazil turut menerima anugerah Mark of Excellence untuk kategori Ketukangan (Craftsmanship). Anugerah ini disampaikan oleh juri pakar dari Jepun, Kengo Kimura, Pengasas Heiwa Motorcycle.

Pasukan UK pula menerima anugerah Mark of Excellence untuk Keaslian British (British Originality), yang dinilai oleh Ricardo Pessoa, Pengasas Coolnvintage di Portugal.

Jentera UK, yang diberi nama The Bonneville Sunraiser, dibina oleh Stockwell Design di Triumph London.

Jentera ini menggunakan platform T100 dan menampilkan kemasan aluminium yang digilap, keluli tahan karat, dan skema warna yang cerah, diinspirasikan dari era rock 'n' roll British 60-an.

Manakala anugerah Mark of Excellence untuk Gaya (Style) diberikan kepada pasukan Itali, yang dinilai oleh Quique Berna, Pengasas Tamarit Motorcycles di Sepanyol.

Motosikal kustom Itali ini direka oleh Giuseppe Carucci, pengasas South Garage Motor Co di Milan.

Berasaskan model Bonneville Bobber, Carucci mereka bentuk semula casis dan menggunakan teknik kejuruteraan jitu untuk menghasilkan komponen kustom seperti fork hadapan yang dibuat khas, dengan inspirasi dari model Speed Twins era 1930-an dan 1940-an.

Pertandingan

Sebanyak lapan pasukan dari seluruh dunia menyertai pertandingan ini, di mana setiap negara bekerjasama dengan pereka kustom tempatan untuk menghasilkan rekaan yang rumit.

Setelah saringan oleh panel juri, hanya lima jentera terpilih dari Brazil, Perancis, Itali, Thailand, dan UK mara ke peringkat akhir. Pemenang keseluruhan kemudiannya ditentukan melalui undian awam.

Para juri pertandingan ini terdiri daripada Quique Berna, Ricardo Pessoa, Kengo Kimura, dan Steve Sargent, Ketua Pegawai Produk di Triumph Motorcycles.

Setiap juri bertanggungjawab menilai aspek berbeza, iaitu Gaya Ikonik, Keaslian British, Ketukangan, serta Kreativiti dan Inovasi.

Gaijin - Shibuya Garage (Brazil):

Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) - Triumph Originals 2025.01
Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) - Triumph Originals 2025.02
Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) - Triumph Originals 2025.03
Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) - Triumph Originals 2025.04
Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) - Triumph Originals 2025.06
Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) - Triumph Originals 2025.05

The Bonneville Sunraiser - Stockwell Design (UK):

The Bonneville Sunraiser - Stockwell Design (UK) - Triumph Originals 2025.06
The Bonneville Sunraiser - Stockwell Design (UK) - Triumph Originals 2025.05

Giuseppe Carucci - South Garage Motor Co (Itali):

Giuseppe Carucci, South Garage Motor Co (Itali) - Triumph Originals 2025.05
Giuseppe Carucci, South Garage Motor Co (Itali) - Triumph Originals 2025.06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Gaijin Shibuya Garage, Shibuya Garage, Triumph Bonneville, Triumph Originals, Triumph Speed Twin 1200

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev