
Catatan peningkatan jualan 2014 itu menunjukkan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding 2013. Mitsubishi Triton menjadi model terlaris dengan jualan sebanyak 6,016 unit atau 42 peratus daripada jualan keseluruhan MMM. Diikuti pula dengan Mitsubishi ASX versi CKD mencatatkan jualan sebanyak 3,299 unit atau 23 peratus daripada jualan keseluruhan.
Sehingga kini, MMM memiliki 58 pengedar di seluruh negara di mana 51 daripadanya adalah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti).
Sekali lagi, syabas MMM dari tim Pandulaju.com.