Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BeijingAutoShow: Jip EV GEOMI Panda Knight 2024 dengan Gaya Cross Country, Harga RM19.6k!
Roda4

#BeijingAutoShow: Jip EV GEOMI Panda Knight 2024 dengan Gaya Cross Country, Harga RM19.6k!

Han OthmanBy Han Othman02/05/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI bukan Xiaomi, tetapi Geomi (atau nama penuh Geometry) Panda Knight, atau nama globalnya Geely Panda Knight 2024.

Geomi ialah subjenama diperkenalkan Geely pada 2019 yang menumpukan kepada pembangunan model EV. Geomi Panda Knight 2024 pula ialah model jip EV yang diperkenalkan hujung tahun lalu (September 2023).

Rekabentuk luaran mirip Ford Bronco dengan lampu utama ikonik bulat seakan mata panda. Juga dipasangkan pelapik gerbang roda, rel bumbung dengan tangga kecil tepi tingkap, dua cangkuk angkut atas bonet dan dua cangkuk tunda pada bampar depan.

Spesifikasi Geomi Panda Knight 2024

◾️ Sistem pacuan roda belakang (RWD) yang menggunakan motor segerak magnet tetap (permanent magnet synchrononous motor, PMSM) dengan motor elektrik dikuasakan pek bateri litium-besi-fosfat (LFP) Gotion.
◾️ Memiliki dimensi panjang 3,135mm, lebar 1,565mm dan tinggi 1,655mm, manakala jarak roda 2,105mm.
◾️ Output kuasa 30kW (40hp) dan tork 110Nm, manakala kelajuan maksimum 100kmj.
◾️ Cas penuh dapat dipandu sejauh 200km dengan bateri menyokong pengecasan pantas (DC) 22kWh dan standard (AC) 3.3kWh.
◾️ Tempoh mengecas 0-80 peratus menggunakan pengecas DC mengambil masa 30 minit sahaja.
◾️ Unit infotainment 8-inci dan kluster instrumen 9-inci dengan konektiviti Bluetooth dan telefon pintar serta aplikasi kawalan jauh.
◾️ Kapasiti but 800 liter yang mampu memuatkan dua bagasi 20 inci, dan dua bagasi 28 inci.
◾️ Saiz tayar 155/65 R14 dengan rim aloi aluminium 14 inci.
◾️ Sistem suspensi independan MacPherson di depan dan Multilink di belakang.
◾️ Sistem brek cakera di depan, dan brek dram (belakang).
◾️ Antara ciri keselamatan diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Panda Knight juga ialah versi off-road dan juga model kedua dalam siri Panda, selepas Panda Mini (foto atas). Di pasaran China, Panda Mini bersaing dengan model lawan seperti BYD Seagull dan Wuling Hongguang Mini EV.

Panda Knight pula bersaing satu lawan satu dengan Baojun Yep (foto atas) iaitu produk keluaran pakatan SGMW (SAIC-GM- Wuling) yang digelar EV paling ‘cool’ di China.

Harga pasaran Geomi Panda Knight 2024 ialah 29,800 yuan (RM19,615). Murahkan?

Auto China 2024 Geely Panda Knight 2024 Geometry Panda Knight 2024 Geomi Panda Knight 2024 Jip EV Kenderaan Elektrik (EV) Pameran Auto Beijing 2024 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.