Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi RS 5 2026: PHEV Berprestasi Pertama Dari Audi Sport, 639 ps/825 Nm, 0-100 km/j 3.6 Saat!
Auto Terkini

Audi RS 5 2026: PHEV Berprestasi Pertama Dari Audi Sport, 639 ps/825 Nm, 0-100 km/j 3.6 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata19/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Audi RS 5 Avant

AUDI Sport memperkenalkan Audi RS 5 baharu yang merupakan model hibrid plug-in (PHEV) prestasi tinggi pertama daripada divisyen tersebut.

Jentera ini menggabungkan DNA perlumbaan RS dengan teknologi hibrid yang ditala dengan teliti untuk memberikan dinamik pemanduan merangkumi keselesaan pemanduan harian sehinggalah kepada prestasi litar yang ekstrem.

Model ini menampilkan gayaan yang lebih sasa dengan ukuran 90 mm lebih lebar berbanding model asas A5.

Bahagian hadapan didominasi oleh gril Singleframe tiga dimensi dengan corak sarang lebah serta liang udara Air Curtains.

Lampu hadapan Matrix LED yang digelapkan hadir dengan lampu nyalaan siang digital signatur bertema bendera penamat.

Di bahagian belakang, difuser aerodinamik dan sistem ekzos sport RS dengan muncung oval kusam melengkapkan imej sport jentera ini.

Rangkaian Kuasa Hibrid 639 ps

Nadi utama Audi RS 5 ialah sistem rangkaian kuasa modular hibrid plug-in yang menggabungkan enjin 2.9 liter turbo kembar V6 yang telah dipertingkatkan dengan motor elektrik berkuasa.

Enjin pembakaran dalaman ini kini menghasilkan 510 ps, meningkat sebanyak 60 ps berbanding generasi terdahulu hasil penggunaan kitaran Miller yang lebih cekap dan dua pengecas turbo geometri boleh ubah.

Motor elektrik yang disepadukan ke dalam kotak gear lapan kelajuan hibrid pula menyumbangkan 130 kW (177 ps) dengan tork 460 Nm.

Secara keseluruhan, sistem ini menghasilkan output gabungan sebanyak 639 ps dan tork 825 Nm. Kuasa ini membolehkan RS 5 memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 3.6 saat.

Sistem elektrik 400 volt disokong oleh bateri berkapasiti 25.9 kWj yang membolehkan pemanduan mod elektrik sepenuhnya serta membekalkan tenaga sehingga 8 kW kepada unit pemvektoran tork.

Inovasi quattro dengan Kawalan Tork Dinamik

Audi RS 5 memperkenalkan sistem quattro dengan Kawalan Tork Dinamik pada transaxle belakang yang merupakan teknologi pertama seumpamanya di dunia untuk kereta produksi.

Sistem pemvektoran tork elektro-mekanikal ini mampu mengagihkan tork antara roda belakang dalam masa 15 milisaat sahaja. Ia bertindak secara proaktif untuk memastikan imbangan sempurna antara kelincahan, kestabilan dan cengkaman dengan kekerapan kawalan 200 Hz.

Diferensial tengah baharu kini dilengkapi prabeban (preload) supaya sentiasa dalam keadaan separa kunci (partially locked) bagi menguruskan agihan tork depan-ke-belakang antara 70/30 dan 15/85 peratus.

Ini membolehkan agihan kuasa berlaku lebih pantas, mengurangkan masalah understeer dan memberikan tindak balas stereng yang lebih tepat terutamanya ketika pemindahan berat kenderaan berlaku.

Casis dan Pengendalian RS yang Jitu

Ketegaran badan RS 5 dipertingkatkan sebanyak 10 peratus berbanding model asas untuk memberikan rasa pemanduan yang lebih terkawal.

Model ini menggunakan suspensi lima pautan di hadapan dan belakang yang telah direka semula sepenuhnya. Suspensi sport RS dilengkapi teknologi penyerap hentak dua injap yang membolehkan kawalan lantunan dan mampatan dilakukan secara berasingan.

Sistem stereng ditala khas dengan nisbah 13:1 untuk maklum balas yang lebih pantas. Dari segi pemberhentian, RS 5 dilengkapi sistem brek iBRS yang menggabungkan brek regeneratif dengan brek cakera keluli 20 inci atau pilihan seramik 21 inci.

Penggunaan cakera seramik pada bahagian belakang juga merupakan yang pertama dalam segmen, membolehkan jarak berhenti dari 100 km/j dicapai dalam jarak 30.6 meter sahaja.

Kokpit Digital dan Analisis Prestasi

Bahagian dalaman RS 5 menampilkan Skrin Panorama Audi MMI yang merangkumi kokpit maya Audi 11.9 inci dan skrin sentuh MMI 14.5 inci berasaskan teknologi OLED.

Penumpang hadapan juga disediakan dengan skrin 10.9 inci khas untuk mengendalikan navigasi atau hiburan.

Fungsi Audi driving experience membolehkan pemandu menganalisis data pemanduan secara mendalam seperti penggunaan pedal, daya G, serta suhu tayar dan bateri.

Untuk kegunaan di litar lumba, sistem ini boleh merekodkan masa pusingan dan sektor, malah boleh mencipta profil litar baharu secara automatik.

Kamera papan pemuka juga boleh ditambah untuk merakam video pemanduan secara visual.

Pakej Audi Sport dan Eksklusiviti

Bagi pelanggan yang mahukan prestasi tambahan, pakej Audi Sport menawarkan peningkatan kelajuan tertinggi sehingga 285 km/j.

Pakej ini merangkumi warna Bedford green metallic yang eksklusif, rim 21 inci hitam dua sisi dan sistem ekzos sport RS dengan muncung hitam kusam.

Ruang dalaman untuk pakej ini menggunakan bahan Dinamica hitam pekat dengan jahitan corak sarang lebah pada tempat duduk sport.

Spesifikasi Teknikal Audi RS 5

  • Enjin: 2.9 liter twin-turbo V6 TFSI
  • Motor Elektrik: 130 kW (177 ps) / 460 Nm
  • Output Sistem Keseluruhan: 639 ps / 825 Nm
  • Transmisi: Tiptronic lapan kelajuan hibrid
  • Sistem Pacuan: Quattro dengan Kawalan Tork Dinamik (pemvektoran tork elektro-mekanikal)
  • Pecutan 0-100 km/j: 3.6 saat
  • Kelajuan Tertinggi: 250 km/j (285 km/j dengan pakej Audi Sport)
  • Kapasiti Bateri: 25.9 kWj (22 kWj bersih)
  • Pengecasan AC: Sehingga 11 kW (0 ke 100 peratus dalam 2.5 jam)
  • Berat: 2,355 (Saloon) kg / 2,370 (Avant) kg
  • Lebar Badan: Tambahan 90 mm berbanding A5 standard
  • Rim dan Tayar: 20 inci (standard) / 21 inci (pilihan) dengan tayar 285/35
  • Sistem Brek: Keluli 420 mm hadapan / 400 mm belakang (pilihan seramik 440 mm / 410 mm)
  • Skrin Dalaman: 11.9 inci (instrumen), 14.5 inci (MMI), 10.9 inci (penumpang)

 Audi RS 5 Avant 2026

 Audi RS 5  Saloon 2026

Audi Audi RS 5 Audi Sport
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Auto Terkini

LTSIP Mula Operasi 5 Mac Ini, Fokus Lonjakan Penumpang Menjelang Aidilfitri

19/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia, Sokong Sistem Tol ANPR di PLUS

19/02/2026
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.