Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Art of Speed (AOS) 2023 Kembali Lagi di MAEPS Serdang 29, 30 Julai Ini!
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) 2023 Kembali Lagi di MAEPS Serdang 29, 30 Julai Ini!

ShawkathBy Shawkath04/07/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ACARA permotoran Art of Speed (AOS) 2023 edisi ke-12 akan berlangsung dua hari pada 29 dan 30 Julai ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dengan tambahan banyak aktiviti menarik buat pengunjung.

Pameran tahun ini melibatkan ruang lebih besar, iaitu kawasan tertutup seluas 350,000 kaki persegi dan kawasan luar sekitar 8.6 ekar. Berikut perincian acara berkenaan:

ART OF SPEED (AOS) 2023

  • Tarikh: 29-30 Julai 2023 (Sabtu dan Ahad)
  • Masa: 10 pagi hingga 7 malam

Festival SoundCircus

  • Tarikh: 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Masa: 4 petang hingga lewat malam

HARGA TIKET

SoundCircus Festival
  • RM120 seorang
  • RM360 untuk kumpulan empat orang
AOS 2023
  • Pas hujung minggu: RM35
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun: Percuma
  • Pemegang pas OKU: Percuma
  • Pas Speed Lane: RM60 untuk dua hari. Boleh masuk sejam lebih awal (jam 9 pagi)
  • Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass: RM135

CABUTAN BERTUAH

Dua hadiah disediakan untuk pengunjung, tertakluk syarat berbeza iaitu:

  • Honda e-Dax: Pembeli tiket atas talian (tiket AOS 2023 atau SoundCircus Festival).
  • Toyota Celica 1979 kustom Art of Speed ​​Malaysia (AOSM): Individu yang membuat pembelian lebih RM100 di AOS 2023.

APA BAHARU AOS 2023?

Outdoor ThunderCircus ‘Brotherhood Rally’: Kawasan terbuka dikhaskan kepada penunggang dan peminat motosikal. Sorotan ThunderCircus termasuk ‘RIDE IN’ mega dan pengumpulan kumpulan motosikal sekitar Asean.

Dewan B akan menjadi Konvensyen Rasmi Pengumpul Hot Wheels (Official Hot Wheels Collector Convention) pertama Asean. Pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels seperti:

  • Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles.
  • Hot Wheels Skate School.
  • Hot Wheels Swap Buy and Sell.
  • Sesi perkongsian pengumpul.
  • Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi.
  • Sesi temu sapa pereka Hot Wheels terkenal, Matt Gabe dari Amerika Syarikat (AS).
  • Model kereta Konvensyen Rasmi Hot Wheels edisi terhad akan dikeluarkan dan juga kemeja-t edisi terhad. Kedua-dua dilesenkan Hot Wheels secara eksklusif untuk konvensyen kali ini.
  • Mattel dan Proton bekerjasama mencipta model Hot Wheels Proton Saga sempena ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia.
  • Pengumuman pemenang Pertandingan Rekaan Kanak-kanak Hot Wheels x Proton di Dewan A.
  • Debut Hot Wheels Legends Tour di AOS 2023.  Pertandingan rasmi akan diadakan pada Ahad dan juara akan mewakili Malaysia di pentas dunia. Pendaftaran Jelajah Hot Wheels Legends boleh dibuat di www.artofspeedmy.com dan tiada tarikh tutup.

KOLEKSI EDISI TERHAD AOS 2023

AOS menjalin kerjasama dengan beberapa pihak untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan eksklusif kepada pengunjung seperti:

  • VANS menampilkan kasut edisi terhad dan Coffee Table Book khas kulit keras Art of Speed ​​10 tahun
  • VANS menyediakan taman mini untuk bermain papan selaju dan basikal BMX – percuma untuk digunakan di Dewan DG.
  • HIKARI RIDERS dengan barangan edisi terhad.
  • IGL dengan salutan edisi terhad dibuat khas untuk penunggang motosikal dan motosikal.
  • MOONEYES menampilkan baju-T eksklusif acara edisi terhad dan baju-T peniaga MOONEYES MALAYSIA.

MISS AOS 2023

Buat julung kali, AOS akan mengadakan pencarian Miss Art of Speed ​2023. Tujuannya adalah menggalakkan golongan wanita melangkah keluar dari zon selesa tanpa mengira bentuk dan saiz untuk rasa yakin dengan menunjukkan kecantikan dalaman dan luaran melalui seni pin-up.

Seramai 10 finalis terbaik akan dipilih bertanding merebut gelaran Miss Pin-Up Art of Speed ​​2023. Pertandingan diadakan pada Sabtu, 29 Julai 2023 di Dewan A.

Finalis juga akan beraksi di pentas peragaan dengan mempamerkan pakaian harian dan mengambil bahagian dalam sesi soal jawab sebelum pemenang dinobatkan.

Penyertaan terbuka kepada semua wanita berumur 1 tahun hingga 50 tahun ke atas. Tahun ini Cherry Bomb Pin-Up Parlor akan menganjurkan pertandingan prestij ini.

TARIKAN LAIN MENGIKUT DEWAN

Dewan A

  • Danial Malek (NoEqual.co) akan menjadi hos untuk acara Kustom & Koffee Talk bermula jam 3.30 petang (Sabtu) dengan  ahli panel dari luar negara. Forum membincangkan trend terkini industri motosikal dan automobil.
  • Show & Shine menampilkan kereta dan motosikal modifikasi terbaik.
  • Pemenang Best of Show akan menyertai lawatan ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2023.

Dewan B

  • Keseluruhan Dewan B dikhaskan untuk aktiviti berkaitan Hot Wheels, termasuk konvensyen pertama di Asia Tenggara.

Dewan C

  • NoEqual.co akan menampilkan Pesta NEAT dengan kolektif kereta sport modifikasi terpilih dari seluruh negara.
  • Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid 2023.

Dewan D

  • Hail Vintage AOS 2023 dengan pelbagai koleksi vintaj. Vendor pakar dijemput menjual dan mempamer koleksi masing-masing.
  • Pameran koleksi muzik, barangan dan memorabilia jarang ditemui.
  • Streetware Con menampilkan fesyen pakaian jalanan, dan ada 40 pempamer membuat persembahan selama dua hari.

* Susun atur setiap dewan belum muktamad dan tertakluk kepada perubahan, jika ada.

AKTIVITI TAMBAHAN AOS 2023

  • Roda Rumble 2023: Two Wheels Gathering dan Outdoor Festival anjuran Retro Mania
  • La Cultura: Perhimpunan Penghargaan Budaya Chicano Malaysia merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ dan lain-lain.
  • Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat Dewan DG
  • Bazar vintaj automobil
  • Pelancaran produk atas pentas
  • Sesi tunggang uji motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph dan Harley-Davidson).

SOUNDCIRCUS FESTIVAL 2023

  • Festival SoundCircus akan diadakan pada Sabtu, 29 Julai 2023 jam 4 petang hingga lewat malam.
  • SoundCircus Festival adalah konsert yang dikhaskan kepada pengunjung yang berumur 16 tahun dan ke atas SAHAJA!
  • Ada 10 kugiran muzik bakal membuat persembahan seperti Superman Is Dead dari Bali, Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate. Mosh pit dibenarkan!
  • 1,000 pembeli tiket pertama akan menyertai Cabutan Bertuah Atas Talian AOS2023 dan ada tambahan hadiah daripada Harley-Davidson.

Pengarah Festival Art of Speed Malaysia (AOSM), Asep Ahmad Iskandar berkata;

Sejak penubuhan Art of Speed Malaysia, ia sudah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan saja untuk peminat motosikal dan kereta tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya serta terus mendominasi sebagai acara tahunan berskala besar.

“Tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahun ke-12. Bagi menyemarakkan lagi semangat peminat, kami persembahkan sebuah acara yang tidak seharusnya dilepaskan semua orang untuk hadir.”

SIAPA BAKAL HADIR

  • Shige Suganuma, Emi Suganuma, ‘Sunny’ Yano dan Michi ‘NATQQ’ dari MOONEYES (Jepun)
  • Wild Road Choppers (Jepun) dan 1941 Harley-Davidson Chopper Show Bike
  • Cosmic Chopper City (Jepun) dan 2020 Harley-Davidson Chopper Show Bike
  • Dino Dalle Carbonare dan Alexander Lain (Speedhunters.com)
  • Side Yakotani (Jepun) dan 1959 Volkswagen Type2 Safari Custom Show Car
  • Ya Seat (Thailand)
  • Kustomstyle (Jepun)
  • Joints Custom Show (Jepun)
  • 2 Percenter (Jepun)
  • Vibes Magazine (Jepun)
  • Roller Magazine (Jepun)
  • Weller Magazine (Jepun)
  • Mow (Australia)
  • Choppajoop (Singapura)
  • Hisa Artes 66 Paintlab – Indonesia (kumpulan 15 artis pinstripe)
  • Fahmi Freeflow (Indonesia)
  • Irvine Jasta (Indonesia)
  • Cherry Bomb Pin-Up Parlour (Singapura)
  • Bangkok Hot Rod Show (Thailand)
  • Kustomfest (Indonesia)
  • Borneo Kustom Show (Brunei)
  • BBQ Ride (Indonesia)
  • Wicked Wallop (Singapura)
  • 645 magazine (Indonesia)
  • Mill Art (Indonesia)
  • Ignite magazine (Thailand)
  • Dinggo Company (Indonesia)
  • Von Dutch (Indonesia)
AOS 2023 Art of Speed 2023 (AOS 2023) Auto Terkini roda2 Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Hujung Minggu Ini

20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larangan Guna Kapcai Pada Musim Perayaan Boleh Kurangkan Nahas Jalan Raya

20/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larangan Guna Kapcai Pada Musim Perayaan Boleh Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie20/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.