• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?

#SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?

April 17, 2019 By Nomy Nozwir 1 Comment

365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROJEK Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL)
yang diputuskan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang pelbagai pendapat. Projek itu, yang asalnya dilancarkan mantan PM kita, Datuk Seri Najib Razak, berharga RM65.5 bilion, dan kemudian dikurangkan kepada RM44 bilion menerusi laluan baharu.

Antaranya, membatalkan beberapa stesen seperti Stesen Gombak dan Bentong, termasuk membatalkan projek terowong yang dikatakan melalui kawasan sensitif yang digazetkan sebagai kawasan dilindungi. Tetapi adakah perubahan tersebut berbaloi?

Bagi menganalisis laluan berkenaan, kita harus mengkaji laluan lama ECRL yang dicadangkan ketika era Najib sebagi PM. Antara laluan diubah ialah laluan asal dari Pelabuhan Kelang, kemudian ada beberapa stesen di Selangor seperti Kapar, Puncak Alam, Serendah, Gombak yang bersambung dengan laluan LRT Kelana Jaya, sebelum ke Bentong hingga ke Tumpat, Kelantan.

BACA >>> 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Cuba Naik MRT Laluan Sungai Buloh - Semantan

Laluan baharu ECRL dari Pelabuhan Klang.

Tetapi apabila laluan ECRL ini diubah Kerajaan baharu, ia akan melalui kawasan dari Pelabuhan Kelang, kemudian melalui Kuala Langat, Putrajaya, Bangi/Kajang, dan memasuki Negeri Sembilan di Jelebu, sebelum tembus ke Mentakab, hingga ke Kota Bharu. (Lihat dan zum foto atas).

Ada juga beberapa stesen yang dimansuhkan sebagai kos penjimatan, tetapi adakah penjimatan itu berbaloi?

PEMBANGUNAN TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

Laluan lama ECRL dari Pelabuhan Klang.

Projek ECRL dirancang Najib ketika itu sebagai usaha membangunkan koridor Timur Semenanjung Malaysia, membabitkan tiga negeri, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek tersebut juga dapat memberi impak pembangunan kepada kawasan utara Lembah Kelang seperti Serendah, dan memberikan laluan mudah dan bersambung dengan LRT Kelana Jaya.

Bagaimanapun, laluan itu menjejaskan kawasan sensitif seperti Permatang Kuarza Kelang Gate, iaitu kawasan tadahan hujan untuk sumber air penduduk Lembah Kelang.

Dari segi jarak laluan pula, laluan baharu lebih panjang kerana melalui kawasan di Jelebu, tetapi dapat mengelak laluan dari kawasan yang memerlukan pembinaan terowong seperti di Gombak, dan Kerajaan dapat berjimat kerana kos terowong dikatakan mencecah hampir RM10 bilion!

Dari segi menyenangkan pengguna, laluan baharu akan memudahkan mobiliti penduduk sekitar Putrajaya dan Bangi, iaitu pusat urbanisasi Melayu yang ada ramai penduduk berasal dari Pantai Timur seperti Kelantan. Ini termasuk memudahkan mereka pulang ke kampung halaman, terutama menjelang musim perayaan.

Ada juga kelemahannya, perubahan laluan lama mengetepikan kawasan Pahang Barat dan Tengah seperti Bentong kerana tiada laluan terlibat di situ. Namun, dengan ada Lebuhraya Karak, penduduk Bentong pastinya tiada masalah besar untuk ke Kuala Lumpur.

BACA >>> Sehari Selepas HSR, Kerajaan Batalkan Projek MRT3

Laluan baharu walaupun lebih panjang berbanding sebelumnya, tetapi dapat meningkatkan nilai hartanah, terutama di kawasan Negeri Sembilan yang semakin maju, terutama sekitar Mantin dan Lenggeng yang terkena tempias pembangunan pesat Seremban. Jika laluan tersebut melibatkan Kuala Kelawang, sudah semestinya daerah Jelebu turut dapat tempias sama daripada projek ECRL ini.

Related

365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Datuk Seri Mohd Najib Razak, ECRL, Laluan Baharu ECRL, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sembang deras, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Comments

  1. mirul says

    April 19, 2019 at 12:36 AM

    bagaimana dengan ura ura mengatakan dua rel menjadi satu. secara keseluruhannya adakah berbaloi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev