• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar Yamaha QBIX Baharu, Skuter Urban Hipster dengan Rekabentuk Kiub

Thailand Lancar Yamaha QBIX Baharu, Skuter Urban Hipster dengan Rekabentuk Kiub

April 3, 2019 By Aryon 3 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA memperkenalkan skuter urban gaya baharu, QBIX baharu sempena Pameran Motor Bangkok 2019 dengan menampilkan rekabentuk kiub seperti bongkah permainan LEGO. Pelancaran skuter ini ialah cubaan Yamaha untuk mengetengahkan inovasi rekaan baharu dalam usaha menarik minat penunggang muda.

Jika dilancarkan di Malaysia, QBIX akan jadi model baharu sepenuhnya yang pasti mengundang jelingan mata pengguna atas jalan. Dengan rekaan gaya kiub, nama QBIX sebenarnya diambil daripada perkataan 'kubik' (kiub @ cube). Penampilan paling menonjol ialah bentuk kepala segiempat dan fairing dada segiempat bujur.

BACA >>> Yamaha Nozza Grande 125 - Skuter Hibrid Enjin Kecil untuk Ekstra Jimat Kini di Vietnam

REKABENTUK UNIK, TEKNOLOGI BLUECORE

Lampu utama, lampu belakang dan lampu brek QBIX menggunakan mentol LED sepenuhnya, yang masing-masing berbentuk kotak atau bersegi. Skrin LCD digital agak ringkas seperti dipasangkan sebuah powerbank. Laci depan disediakan soket USB untuk mengecas peranti pintar, manakala ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 22.5 liter mampu memuatkan dua helmet atau barangan peribadi. Bagaimanapun, kunci penghidup masih tradisional, tetapi ditambahkan ciri pengesan lokasi.

Sistem brek menggunakan brek cakera di depan, dan brek dram di belakang. Varian QBIX premium didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), manakala saiz rim ialah 12 inci.

Aspek teknikal, QBIX dijana enjin 4-lejang 125cc penyejukan cecair dengan teknologi BlueCore berkuasa 9.5hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm. Di pasaran Thailand, skuter ini ditawarkan dalam 3 varian pada harga:

  • QBIX Standard - AS$1,700 (RM6,900)
  • QBIX S - AS$1,780 (RM7,300)
  • QBIX ABS - AS$1,900 (RM7,800)

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi 'Yamaha Blue Core'?

Tidak pasti sama ada model ini ada aau tidak dalam perancangan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Tetapi jika mengkaji pe'el pengguna dan HLYM sendiri, terpaksalah kita berhuhuhu saja.

GALERI

SUMBER: News.Zing

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Pameran Motor Bangkok 2019, roda2, skuter, Yamaha, Yamaha QBIX, Yamaha Thailand

Comments

  1. AJ says

    April 3, 2019 at 11:49 PM

    Klo x silap tmpt isi mnyak kt tengah diantara perehat kaki penunggang

    Reply
  2. Sonazz says

    October 1, 2019 at 3:54 PM

    ride scooter ni kat Phuket, mmg terbaik.. layan.. harap Yamaha Malaysia jual

    Reply
  3. WAN SUET LIN says

    August 8, 2020 at 11:34 AM

    Hi. I'm malaysia penang. I mahu tahu adakah ECO Digital? Pls email or Line ID vivo55

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev