• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Selangor, Bukit Aman Dapat Kereta Peronda Bezza

Polis Selangor, Bukit Aman Dapat Kereta Peronda Bezza

March 7, 2019 By Han Othman Leave a Comment

14.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA menyumbang tiga unit Bezza kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK Selangor) untuk digunakan sebagai kenderaan peronda, yang juga akan digunakan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman (JPJKK Bukit Aman) dan Polis Daerah Hulu Selangor (IPD Hulu Selangor).

Menariknya, sedan ini siap diubah suai dengan memuatkan beberapa ciri tambahan supaya sesuai dengan tugasan polis seperti radio dan lampu strob.

BACA >>> Kereta Polis Honda Civic Type R Hanya untuk Cubaan Pandu Uji Saja, Belum Sahih lagi!

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sepanjang 26 tahun bertapak di Selangor, Perodua dapat beroperasi secara efektif tanpa rasa bimbang kerana usaha keras PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan khususnya IPK Selangor dalam menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat.

“Kami harap sumbangan kami dapat diterima IPK Selangor sebagai tanda terima kasih atas keteguhan, keadilan, dedikasi dan keberanian mereka. Setinggi penghargaan buat mereka,” katanya.

Upacara penyerahan diadakan di IPK Selangor, Shah Alam, kelmarin (Selasa), dan Zainal Abidin sendiri menyampaikan kunci kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

logo-pdrm
Perodua

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor, SAC Datuk Kumaran Karuppannan, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Bukit Aman, SAC Tuan Sukardi Tulus dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin.

BACA >>> Skuad Polis Paling Laju di Dunia Ada di Dubai

Zainal Abidin berkata, Perodua Bezza sesuai dijadikan kenderaan peronda berdasarkan reliabilit, dan kelasakan ditawarkan selain mudah dipandu dan menjimatkan dari segi penyenggaraan dan penggunaan bahan api.

“Saiz Bezza yang kompak memudahkan ia dikendali, terutama di kawasan sempit. Walaupun bersaiz kompak, ruang dalaman sangat luas.

“Dengan rangkaian servis kenderaan terbesar di Malaysia, saya yakin PDRM akan mendapati Bezza ini memenuhi dan menepati keperluan tugasan mereka,” katanya.

Related

14.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bezza Polis, Datuk Dr. Zahari Husin, Datuk Kumaran Karuppannan, Datuk Noor Azam Jamaludin, Datuk Zainal Abidin Ahmad, PDRM, Perodua, Perodua Bezza, Perodua Bezza PDRM, Polis Diraja Malaysia, Tuan Sukardi Tulus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev