• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KPDNHEP Cakap Skim 'Zero Downpayment' Tidak Sah Ikut Undang-Undang, Tetapi...

KPDNHEP Cakap Skim 'Zero Downpayment' Tidak Sah Ikut Undang-Undang, Tetapi...

March 5, 2019 By Han Othman Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda trik tawaran atau promosi 'zero downpayment' untuk jualan kereta tanpa deposit sebenarnya menyalahi undang-undang negara ini? Berita ini dipetik daripada HarianMetro, jadi ini bukan auta dan sahih belaka.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Azman Adam berkata, promosi ‘zero downpayment’ mampu menarik perhatian ramai pembeli kerana mereka tidak perlu menyediakan wang deposit sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kenderaan.

BACA >>> #SembangDeras: Rasionalkah Cadangan Tol Fleksi dengan Caj Kesesakan Waktu Puncak?

Menurutnya, berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian. Mana-mana syarikat yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.

Azman berkata, pihaknya menjalankan Ops 0% ASB 1967 di seluruh Selangor dengan melakukan pemeriksaan ke atas 35 syarikat jual kenderaan, semalam.


KOMEN

Kalau anda terkejut, kami pun terkejut juga kerana sebelum ini kita memang sudah terbiasa dengan iklan jualan kereta yang menggunakan ayat 'zero downpayment', '0% deposit' atau 'full loan' sebagai trik mempromosikan produk kenderaan.

Faktanya, kita sebagai pengguna sebenarnya memang sedia maklum itu cuma trik jualan semata-mata kerana deposit sebenarnya diserap sama ada daripada diskaun stok lama (tahun lalu), diskaun promosi raya (diberikan pengeluar) ataupun diskaun syarikat pengedar itu sendiri.

Malah dalam perniagaan jual beli kereta, kita juga kerap mendengar istilah 'markup loan', iaitu jurujual menolong pembeli membuat pinjaman kenderaan lebih tinggi daripada harga kereta dijual. Misalnya, jika harga kereta RM40,000 yang memerlukan pembeli menyediakan wang deposit RM4,000 (10 peratus), sebaliknya, pinjaman dimohon ialah RM44,000. Caranya, memohon pinjaman untuk varian kereta lebih mahal. Jadi, pembeli tidak perlu lagi menyediakan sebarang wang deposit.

BACA >>> Rugi Tahun Ketiga Berturut-Turut, Industri Automotif Korea di Ambang Gerhana?

Inilah trik 'zero downpayment' atau 'full loan' yang kita faham sekarang. Bagaimanapun, sesetengah bank memang ada menyediakan pinjaman 'zero downpayment' untuk skim graduan.

Dalam perniagaan kereta terpakai pula, trik 'markup loan' sebagai deposit 10 peratus pun susah disekat kerana pihak bank memang ada julat harga tertentu untuk sesebuah model terpakai itu. Contohnya, julat harga Perodua Viva (2014) ialah RM14,000-RM17,000, dan pembeli boleh membuat pinjaman dalam julat harga tersebut dan ada ruang untuk trik 'markup loan' digunakan.

Ataupun penggunaan perkataan itu - 'zero downpayment' - yang sebenarnya dilarang (biasanya digunakan jurujual secara peribadi)? Kalau itulah yang dimaksudkan, tidak perlulah kita risau sangat. Kita tunggu dulu tiada lagi iklan along pinjam wang di tiang-tiang jalan. Ayat full loan masih tak salahkan?

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 0% Deposit, Auto Terkini, Full Loan, Ops 0% ASB 1967, Zero Downpayment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev