NAZA Premira Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia kembali dengan produk baharu, Vespa Notted Edition sempena Hari Kekasih. Nama 'Notte' ialah bersempena bahasa Itali yang bermaksud 'night' (malam) dan pengenalan model tersebut memberi pilihan tambahan kepada peminat skuter yang mahukan perhatian menerusi kemasan serba hitam.
DUA VARIAN
Ada dua varian Vespa Notte ditawarkan yang kedua-duanya dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS):
- Vespa Notte GTS Super 300 ABS - RM29,000
- Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS - RM17,700
BACA >>> Vespa GTS Super 300 yang Mantap Bergaya Kini di Malaysia! Harga RM28k Sahaja
KEMASAN HITAM
Penampilan Vespa Notte Edition diserlahkan menerusi casis hitam legam dengan perincian hitam berkilat pada cermin, rim dan gad mufler. Hiasan seperti 'tie' klasik turut disematkan pada pelindung depan, hujung bar hendal, bar penumpang belakang dan peg kaki boleh lipat untuk GTS Super Notte.
Selain itu, Vespa Notte didatangkan kemasan terperinci, termasuk pemasangan lencana Notte pada kotak belakang bersama kemasan sulaman berganda pada pelana.
BACA >>> #BIMS2018: Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition Versi Thailand, ฿129,000 (RM15.9k)
ENJIN
Vespa Notte GTS Super 300 ABS dilengkapi enjin silinder tunggal 4-injap Quasar berkuasa 21hp @ 7, 750rpm dan tork maksimum 22Nm @ 5,000rpm, manakala Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS menjana kuasa 13hp @ 7,750rpm dan tork 13Nm @ 6,500rpm.
GALERI
VESPA NOTTE GTS SUPER 300 ABS
VESPA NOTTE SPRINT 150 i-GET ABS
Suhardi says
video pasal vespa ni tadak kah?