Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook X (Twitter) Instagram
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Model MV Agusta Paling Rare, F4 Tamburini yang Cuma Ada Satu di Dunia Akan Dilelong
Roda2

Model MV Agusta Paling Rare, F4 Tamburini yang Cuma Ada Satu di Dunia Akan Dilelong

Admin PanduLajuBy Admin PanduLajuFebruary 7, 2019Updated:February 7, 2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


KOLEKSI MV Agusta paling jarang ditemui, F4 Tamburini akan dilelong di pameran auto klasik Retromobile, di Paris, Perancis. Motosikal ini dihasilkan bagi meraikan hasil kerja pereka motosikal, Massimo Tamburini, dan cuma ada satu di dunia.

F4 Tamburini kali pertama dipamerkan pada 2005. Keseluruhan jentera disadur material gentian karbon dengan absorber Sachs F1, fork terbalik (USD) Marzocchi dengan travel 50mm, brek Nissin dan rim tempa Marchesini. Padanan bahan magnesium pada fork crown dan swingarm menyumbang kepada berat jentera lebih ringan iaitu 183kg.

BACA>>>MV Agusta Tebus Semula Saham daripada Mercedes – Kini Bebas Hutang

F4 Tamburini bukan sekadar mewarisi keaslian F4 1000, tetapi juga model pertama yang menampilkan intake panjang berubah-ubah untuk meningkatkan tork rendah tanpa mengorbankan kuasa secara langsung. Hasilnya ialah kuasa kuda setinggi 170hp dan kelajuan maksimum mencecah 306kmj.

Minimoto F4 Tamburini
F4 1000

Model ditunjukkan ini ialah unit pameran yang dibangunkan MV Agusta untuk didedahkan kepada dunia. Fork crown diukir ‘Tamburini – Claudio Castiglioni – n°001’ dengan nombor pengeluaran terakhir tertulis XXX/300.

BACA>>>MV Agusta F4 Claudio Castiglioni – Edisi Khas Terakhir untuk Superbike Tidak Sah Emisi

Harga lelongan bermula £30,000-50,000 (RM158,000-RM264, 353). Turut dilelong ialah model 1000cc pertama MV Agusta, F4 1000 (2005). Harga jentera itu bermula £13,000-22,000 (RM69,000-RM116,316). Tidak ketinggalan turut tersedia model pocket bike F4 series yang dibangunkan sendiri Tamburini.

Sayangnya, projek itu tergendala dan tidak dapat dikeluarkan apabila beliau  meninggal pada 2014. Untuk memiliki jentera mini F4 itu lelongan bermula £4,300 -7,000 (RM22,734-RM37,009).

SUMBER: MCN

Massimo Tamburini MV Agusta mv agusta f4 MV Agusta F4 1000 MV Agusta F4 Tamburini pocketbike roda2 sportbike
Admin PanduLaju

Artikel Lain Berkaitan

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

January 16, 2026

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

January 16, 2026

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 Kini Dengan Warna Ikonik US Intercolor Yellow!

January 16, 2026

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

January 16, 2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

Media Sosial
  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.