• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Jual 20,100 Kereta Sepanjang Januari 2019, Daftar 1,025 Aruz Dalam Sehari

Perodua Jual 20,100 Kereta Sepanjang Januari 2019, Daftar 1,025 Aruz Dalam Sehari

February 4, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA berjaya mencatatkan penjualan sebanyak 20,100 kenderaan sepanjang Januari 2019 termasuk berjaya mendaftarkan 1,025 unit Aruz dalam tempoh masa sehari.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin berkata, pihaknya berjaya memaksimumkan penyerahan Aruz dalam jangkamasa singkat walaupun terdapat sedikit kelewatan dalam proses pendaftaran SUV berkenaan.

Tambah Zahari, komposisi pesanan bagi Perodua Aruz ialah 85 peratus untuk varian Advance dan baki 15 peratus adalah bagi varian X.

" Walaupun Aruz telah mendapat respon baik dengan tempahan sebanyak 8,000 unit setakat ini, model-model lain juga diterima baik.

" Permintaan yang tinggi untuk Aruz telah meningkatkan tempoh menunggu terutamanya bagi varian AV. Kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk mengurangkan tempoh menunggu tersebut.

“ Dalam pada itu, Perodua Myvi masih mengungguli jualan dengan lebih 8,400 unit dijual dan diikuti dengan Axia (3,400), Bezza (3,400) dan Alza (1,600), " katanya.

BACA >>> Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami...

HARGA ARUZ KEKAL TAK BERUBAH

Berbanding tempoh sama pada tahun lepas, Perodua telah mencatatkan peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding 17,700 unit, tempoh masa sama pada Januari 2018.

" Mengenai spekulasi peningkatan harga bagi Perodua Aruz, saya ingin menjelaskan bahawa kami akan mengekalkan harga Aruz (tanpa insuran) yang bernilai RM72,900untuk varian X dan RM77,900(Advance)," kata Zahari lagi.

Syabas Perodua!

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Dr. Zahari Husin, harga perodua aruz, jualan perodua aruz, perodua aruz, suv perodua aruz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev