TIDAK seperti projek kustom lain, BMW R1100GS edisi Scrambler ini melibatkan lebih daripada satu bahagian direka pemiliknya yang kolaborasi dengan pasukan bengkel. Disempurnakan Moto Adonis, iaitu bengkel motosikal kustom di Belanda, model 1997 itu ialah milik seorang artis tatu.
Input kreatif si artis dijelmakan menerusi lekukan frem belakang, pelana seatpan baharu dan kotak elektrik elegan. Pasukan MotoAdonis pula menghasilkan fender kustom, dan dipasangkan bersama lampu belakang gaya Bates. Di depan, fender kecil dan lampu utama dimuatkan dalam braket kustom yang disepadukan bersama blinker bagi menggantikan lampu lama.
BACA >>> BMW R nineT Scrambler Kini di Malaysia Buat Penunggang Motosikal Tulen
Ekzos kini menggunakan mufle keluli tahan karat, manakala bar hendal dilengkapkan grip Bitwell. BMW R11000GS ini juga didatangkan dengan pelana kulit, lampu kabus, meter Acewell 2-in-1, cat hitam kusam, dan aksen kelabu-biru kusam dan kilat.
Sekarang, scrambler ini bersedia menyelinap di celahan ibu kota seluruh Belanda dengan cukup bergaya
FOTO: Mark Meisner
GALERI
SUMBER: Gessato
Leave a Reply