• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ghosn Lepaskan Jawatan dalam Renault, CEO dan Pengerusi Baharu Dilantik

Ghosn Lepaskan Jawatan dalam Renault, CEO dan Pengerusi Baharu Dilantik

January 26, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


CARLOS Ghosn akhirnya mengesah diri meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Renault selepas lebih dua dekad menerajui pengeluar automotif dari Perancis itu. Ghosn juga antara individu penting yang bertanggungjawab menyelamatkan Renault daripada ambang muflis.

Keputusan itu dibuat berikutan kes penyalahgunaan wang dengan mengelak mengisytiharkan gaji ketika menerajui pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, tahun lalu. Namun berbeza di Renault kerana beliau yang mengundurkan diri, sebaliknya dua syarikat lain terlebih dahulu memecat beliau sebagai CEO.

BACA >>> Ghosn: "Saya Tak Buat Salah Apa"

Di Renault, Ghosn menyandang jawatan sebagai pengerusi selama 10 tahun dan CEO, 14 tahun. Berita pengunduran itu diumumkan Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire di Davos, Switzerland. Ini tidak menghairankan kerana Kerajaan Perancis memang memiliki saham dalam Renault.


Namun, kekosongan ditinggalkan Ghosn itu pantas diisi Renault dengan memperkenalkan dua calon pengganti baharu, iaitu Jean-Dominique Senard (gambar atas, kiri) sebagai Pengerusi dan Thierry Bollore (gambar kanan) sebagai CEO.

Senard ialah ahli perniagaan Perancis yang memiliki pengalaman puluhan tahun, termasuk menduduki jawatan penting dalam Total S.A. dan Michellin. Beliau sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Urusan Perkongsian Michellin hingga penggal pertama tahun ini.

Bollore pula sudah bersama Renault sejak 2012, dan sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) dan juga Timbalan CEO Renault.

BACA >>> Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?

CEO BAHARU NISSAN LETAK JAWATAN


Sementara itu CEO Nissan, Hiroto Saikawa (gambar atas), juga disebut-sebut sebagai protege Ghosn, turut melepaskan jawatan tertinggi yang baru disandang itu. Peletakkan jawatan itu dilihat sebagai usaha Saikawa untuk menjernihkan hubungan Nissan dan Renault selepas beliau turut dikaitkan sebagai punca skandal yang menimpa Ghosn. Malah, ada spekulasi menyebut beliau menjadikan ketuanya itu sebagai mangsa.

Namun, jelas sekali Saikawa mengambil keputusan berani.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bruno Le Maire, Carlos Ghosn, Hiroto Saikawa, Jean-Dominique Senard, Perancis, Renault, Thierry Bollore

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev