Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook X (Twitter) Instagram
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Cross Cub CC50 Kumamon – Honda Perkenal Kapcai Tema Maskot Beruang Pipi Merah
Roda2

Cross Cub CC50 Kumamon – Honda Perkenal Kapcai Tema Maskot Beruang Pipi Merah

AryonBy AryonJanuary 22, 2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BUDAYA popular di Jepun memang pelik dan unik, serta mudah pula jadi ikut-ikutan peminat sedunia. Dalam automotif, lihatlah trend JDM (pasaran domestik Jepun) yang cuba ditiru ramai pemilik kenderaan berjenama dari Negara Matahari Terbit itu.

Antara contoh budaya popular yang pelik dan unik orang Jepun ialah mereka sukakan maskot, tidak kira sama ada ia berkonsepkan bandar, negeri, jenama korporat atau abstrak. Asalkan maskot itu dikostumkan dan dapat dikaitkan dengan produk yang dimaskotkan. Ingat pasal Hello Kitty?

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Patung Tergantung di Bawah Bampar Belakang?

CROSS CUB CC50 KUMAMON

Ambil contoh kisah Honda ini. Pengeluar motosikal itu memiliki satu kilang di prefektur (wilayah) Kumamoto sejak 1976, manakala beruang Kumamon ialah maskot wilayah tersebut yang cukup popular seluruh Jepun.

Terbaharu, Honda menghasilkan moped atau kapcai Cross Cub CC50 ‘Kumamon’, iaitu kolaborasi ketiga pengeluar itu yang menampilkan beruang Kumamon sebagai maskot model tersebut.

BACA >>> Honda Cross Cub 110 dan Cross Cub 50 Mula Dijual di Pasaran Jepun Bulan Ini

Kali pertama ialah pada 2014 apabila Honda menghasilkan model Monkey bertemakan beruang hitam berpipi merah itu. Kemudian sekali lagi pada 2016 dan kali ini untuk skuter Giorno. Kebetulan pula tahun ini Honda Cub meraikan angka jualan ke-100 juta untuk model kapcai itu yang dikeluarkan dari kilang Kumamoto. Jadi, memang ada sebab kuat kenapa Honda sekali lagi mahu melakukan kolaborasi tersebut.

VERSI JDM SAHAJA

Cross Cub CC50 Kumamon dibina berasaskan Cross Cub yang sekali pandang nampak mirip seakan Trail 90. Mungkin boleh dikelaskan sebagai ADV Cub (kapcai advencer). Bagaimanapun, kapcai spesial itu, yang ditawarkan dalam versi 50cc dan 110cc, cuma dijual di Jepun, atau lebih tepat, ini ialah produk JDM.

Apa pula kata beruang Kumamon tentang kapcai Honda itu?

“Ia motosikal yang sangat bagus dan buatkan saya rasa seperti mahu pergi ke banyak tempat seluruh dunia.” 

Tetapi tunggu, berita baiknya, pihak berkuasa Kumamota tidak menolak kemungkinan membuka jualan Cross Cub CC50 Kumamon kepada pembeli luar Jepun jika ada permintaan. Jika tidak dieksport pun, model seperti ini (termasuk Monkey dan Giorno) biasanya akan menjadi buruan ramai pengumpul barangan JDM yang pastinya bukan berharga murah.

BACA >>> 8 Fakta Pantas – Honda Monkey (2018) untuk Pasaran Malaysia RM13,999 Sahaja

Pada 2012, ketika barangan atau aksesori imej Kumamon kali pertama menjengah pasaran, ia dianggarkan terjual lebih AS$267 juta (RM1.1 bilion). Malah membantu melonjakkan sektor pelancongan dan memberikan manfaat ekonomi lain kepada prefektur itu dengan nilai lebih AS$1 bilion (RM4.12 bilion).

Jangan main-main dengan beruang Kumamon!

 

SUMBER: RideApart

Beruang Kumamon Honda Honda CC50 Kumamon Honda Cross Cub CC 50 Kumamon honda super cub Maskot
Aryon

Artikel Lain Berkaitan

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

January 16, 2026

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

January 16, 2026

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 Kini Dengan Warna Ikonik US Intercolor Yellow!

January 16, 2026

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

January 16, 2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

Media Sosial
  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Top Minggu Ini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By SyafieJanuary 16, 2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By SyafieJanuary 15, 2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By SyafieJanuary 12, 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan HisamJanuary 12, 2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.