• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Imej Toyota Supra (2020) Bocor Sebelum Debut Detroit

#Spyshot: Imej Toyota Supra (2020) Bocor Sebelum Debut Detroit

December 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA pada Mac lalu mempamerkan Toyota Supra sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2018. Walaupun hadir sebagai model konsep - GR Supra Racing Concept, tetapi itu sudah cukup memberikan bayangan tentang rupa sebenar Supra versi pengeluaran.

Terkini, imej Supra (2020) dalam satu kontena tersebar di ruang maya. Model prestasi tinggi itu dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Pameran Auto Detroit 2019 untuk ditayangkan. Imej dipetik daripada forum SupraMkV itu memperlihatkan muka depan Supra (2020).

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

Jelas sekali, rupa depan Supra (2020) memang mirip model konsep Toyota, FT-1 dan GR Supra. Bahagian bampar depan sedikit berbeza dengan FT-1, tetapi mirip Toyota GR Supra. Lihat bahagian garis rekabentuk. Bahagian hud enjin tidak menggunakan panel lutsinar seperti Toyota F-1.

Rekabentuk bumbung berombak menjadikan rupa Supra (2020) sedikit gempal, mirip Toyota 86 dan Peugeot RCZ. Kembar kepada BMW Z4 ini kemudian dipadankan perumah cermin sisi hitam. Bahagian trenkuasa tidak perlu dipertikaikan lagi kerana jentera itu bakal menggunakan enjin 6-silinder 3.0L pengecas turbo dan opsyen varian 4-silinder 2.0L pengecas turbo, dalam sistem pacuan roda belakang (RWD).


BACA >>> #BikinKereta: Toyota Supra 2JZ yang Masih Bergetah Seperti Mak Dara

Harap bersabar menanti Januari 2019 untuk melihat sosok asli jentera yang sekian lama dinantikan peminat kereta sport sedunia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, foto spyshot, Spyshot, Toyota, Toyota GR Supra Racing Concept, Toyota Supra 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev