• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Odyssey (2018) - MPV Mini Paling Selamat di Amerika Menurut Ujian IIHS

Honda Odyssey (2018) - MPV Mini Paling Selamat di Amerika Menurut Ujian IIHS

August 17, 2018 By Han Othman Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS) melakukan ujian ke atas tiga model kenderaan utiliti sukan (MPV) mini paling popular di pasaran Amerika Syarikat (AS) masa kini untuk menentukan model mana satukah paling selamat.

Tiga model MPV mini itu ialah Honda Odyssey, Chrysler Pacifica dan Toyota Sienta. Keputusannya, Odyssey berada di kedudukan paling atas, mengatasi dua pesaing lain dalam ujian rempuhan depan (small overlap front) dengan mendapat rating 'Good' (bagus). Pacifica pula mendapat rating 'Acceptable' (boleh diterima), manakala Sienna meraih rating terendah, iaitu 'Marginal' (had paling minimum).

Dalam ujian perlanggaran impak sisi penumpang, struktur badan Odyssey mendapat rating Good, lebih tinggi daripada Pacifica (Acceptable), manakala Sienna meraih rating 'Poor' (lemah) dengan tahap tembusan 20 inci.

Menurut IIHS, struktur tembusan Sienna yang remuk ke dalam ialah sekitar bahagian kaki patung dummy. Jadi, penumpang depan kemungkinan mengalami kecederaan pada pinggang kanan dan kaki bawah. Lihat video di bawah:

TOYOTA SIENNA

CHRYSLER PACIFICA

HONDA ODYSSEY

UJIAN LATCH TURUT DIBUAT

Disebabkan banyak MPV mini dibeli untuk dijadikan kenderaan famili, IIHS turut melakukan ujian lanjutan ke atas sistem Pautan Bawah dan Penambat untuk Kanak-Kanak (LATCH). Disebabkan masih ramai pengguna keliru dengan LATCH, jadi rating IIHS itu diberikan kepada model dengan sistem yang mudah digunakan.

Rating tertinggi, Good bagi sistem LATCH diberikan kepada posisi duduk tambahan dengan perkakasan LATCH mudah guna. Keputusannya, Odyssey mendapat rating Good+, manakala Sienna (Acceptable) dan Pacifica (Marginal).

latch-system-explain
latch-system

Keputusan akhir, Odyssey dan Pacifica diiktiraf IIHS dengan rating Top Safety Pick+, tetapi Sienna terkeluar daripada saingan dengan meraih rating keseluruhan, Marginal sahaja.

Jom dengar apa kata IIHS tentang ujian keselamatan terhadap tiga MPV mini popular 2018 di AS di bawah ini:

SUMBER: AutoGuide

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Auto Terkini, Chrysler Pacifica, Crash Test, Honda Odyssey (2018), IIHS, Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), LATCH, LATCH System, Pautan Bawah dan Penambat untuk Kanak-Kanak (LATCH), Roda4, Toyotan Sienna, ujian perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev