Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 3-Series Baharu (2015) – Harga Bermula RM208,800 Hingga RM308,800
Roda4

BMW 3-Series Baharu (2015) – Harga Bermula RM208,800 Hingga RM308,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-02

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series baharu generasi ke-6 menerusi rekabentuk dinamik, lincah dan praktikaliti.

Ditawarkan dalam lima varian, tiga daripadanya dilengkapi pakej M Sport. Sudah pasti, ia lebih mantap dan menarik berbanding yang lain.

HARGA: (Atas jalan tidak termasuk insurans)

  • BMW 318i Luxury Line – RM 208, 800.00
  • BMW 320i Sport Line – RM 238, 800.00
  • BMW 320i M Sport – RM 258, 800.00
  • BMW 320d M Sport – RM 268, 800.00
  • BMW 330i M Sport – RM 308, 800.00

JAMINAN:

Kesemua model BMW didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan bersama pakej penyenggaraan berjadual secara percuma.

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-18

PRESTASI:

Bagi varian BMW 318i, ia dijana unit enjin 3-silinder 1.5L BMW TwinPower Turbo yang berupaya menjana kuasa maksimum 136hp dan tork 220Nm. Pecutan dari 0 ke 100kmj hanya mengambil masa sepantas 8.9 saat.

Manakala varian BMW 320i pula menampilkan enjin 4-silinder bersesaran 2.0L. Ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 184hp dan tork puncak 290Nm. Pecutan dari 0 ke 100kmj pula mengambil masa 7.2 saat.

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-23

Berlainan pula dengan varian 330i apabila menerima sentuhan talaan khas pada ruangan enjin. Walaupun menggunakan enjin yang sama seperti varian BMW 320i, namun kuasa outputnya mencecah 252hp dengan tork maksimum 350Nm serta berupaya memecut dalam masa cuma 5.8 saat dari titik pegun ke 100kmj.

Bagi varian diesel iaitu BMW 320d menampilkan enjin diesel 4-silinder dengan penghasilan kuasa 190hp dan tork puncak 400Nm.

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-05

LUARAN:

Melihat keseluruhan tubuh badan 3-series baharu, ia hadir dengan penampilan lebih sporty dan elegan berbanding generasi terdahulu.

Walau bagaiman ia masih mengekalkan tradisi rekabentuk jenama BMW. Ia merangkumi bonet dan tapak roda yang panjang, bahagian belakang pendek serta ruang tempat duduk belakang yang selesa.

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-06    BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-08

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-07    BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-09

Rekaan luaran sporty dimulakan dengan lampu utama yang direka semula. Lampu isyarat membelok LED kini diposisikan sebagai “kening” pada bahagian atas lampu utama LED. Ia  hadir sebagai satu ciri standard dan diintegrasikan dalam bentuk horizontal yang lebih menyerlah.

Bahagian belakang juga tidak kurang menariknya. Lampu belakang LED sepenuhnya menerima rekaan baharu disusun dalam bentuk “L” BMW yang tersendiri.

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-10

BMW ConnectedDrive

Lebih menarik, satu ruangan SIM kad disediakan bagi membolehkan pelanggan menikmati ketersambungan dan akses optimum kepada rangkaian perkhidmatan  tanpa memerlukan telefon pintar.

Ia turut membolehkan penumpang membaca, menulis dan menghantar e-mel dari dalam kenderaan. Portfolio aplikasi dan perkhidmatan BMW ConnectedDrive turut merangkumi aplikasi telefon pintar seperti Audible, Deezer, GoPro dan Spotify.

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-20

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-13    BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-14

BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-15    BMW-3-Series-Baharu-Pandulajudotcom-16

Satu lagi ciri standard pada BMW 3 Series baharu iaitu Intelligent Emergency Call memastikan keselamatan maksimum di atas jalan raya.

Sekiranya beg udara diaktifkan ketika kemalangan, sistem ini akan menggunakan kad SIM untuk menghantar maklumat keseriusan kemalangan, potensi risiko kecederaan penumpang dan lokasi kenderaan ke Pusat Panggilan BMW secara automatik.

Maklumat ini kemudian akan digunakan untuk mengatur maklum balas kecemasan dan Pusat Panggilan akan berhubung terus dengan mangsa sekiranya perlu.

BMW 3-Series BMW 318i Luxury Line BMW 320i Sport Line BMW Group Malaysia BMW TwinPower Turbo Kereta M Sport Sedan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.