• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: "Beri Kami Peluang" - CEO Proton

BERITA AUTO: "Beri Kami Peluang" - CEO Proton

May 2, 2014 By admin.pandulaju 3 Comments

FacebookTwitter

datuk-harith

"BERI kami peluang," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Sdn Bhd yang baru dilantik, Datuk Abdul Harith Abdullah ketika menjawab pertanyaan mengenai kritikan demi kritikan diterima syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Abdul Harith turut berjanji memulihkan kepercayaan pelanggan terhadapn dengan menghasilkan produk yang berdaya tahan dan berkualiti selain menepati piawaian antarabangsa.

"Saya tahu pelanggan bukan hanya mengambil kira faktor keselamatan ketika membeli kereta. Tetapi juga faktor kebolehpercayaan yang ada kaitan dengan daya tahan kereta. Tiada guna ciri keselamatan jika pelanggan perlu kerap berulang alik ke pusat servis yang bukan disebabkan servis berkala, sebaliknya kereta rosak," katanya.

Sebagai rancangan jangka pendek, Abdul Harith menegaskan Proton kini berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan di setiap pusat servis dengan menjadikan setiap aduan pelanggan sebagai panduan meningkatkan kualiti produk.

Pengumuman Abdul Harith sebagai CEO baharu Proton Holdings Bhd berkuat kuasa 15 April lalu dan diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil pada majlis meraikan dua pekerja HICOM Automotive Manufacturers Sdn Bhd yang berpeluang menjalani latihan perindustrian selama enam bulan bersama Volkswagen di Portugal.

Terdahulu, Abdul Harith adalah CEO DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH). Pelantikan beliau adalah susulan peletakan jawatan Timbalan CEO Proton, Datuk Lukman Ibrahim, Februari lalu.

Bersama profil ijazah sarjana dalam jurusan rekabentuk jentera dari Royal College of Art, London, Abdul Harith mungkin individu tepat untuk mengemudi pengurusan Proton dalam memastikan jenama automobil tempatan ini terus mampu berdaya saing dalam pasaran automotif negara dan global. Sama-sama kita nantikan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Proton

Comments

  1. Mohd.Nor A Hamed says

    May 4, 2014 at 11:07 AM

    Congrts Dato....we will give Proton the chance..... but in return Proton must give us the chance to own a good car that worth the money buying...... Thank you.....

    Reply
  2. Razak says

    April 5, 2016 at 7:35 PM

    tahniah dato saya mahu proton after sales bagi layanan dari servis berada tahan yg masih rendah dan tak mesra pelanggan.
    satu masaalah harga spare parts dan upah servis yg terlalu mahal.Rata2 pemilik proton adalah pendapatan sederhana.Harap2 dpt tgok dan menilai semula.

    Reply
  3. Hj.Ayob says

    August 11, 2016 at 1:00 PM

    Sejuta tahniah Pengurusan Proton kerana akan mengeluarkan Model Pesona Baru di harapkan model ini dapat mengembalikan kepercahayaan Rakyat Malaysia untuk membeli Kereta Nasional Malaysia...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev